Transfer Duit ASB Online:Cara Pindah / Tambah Pelaburan ASNB Online Maybank2u

Transfer Duit ASB Online:Cara Pindah / Tambah Pelaburan ASNB Online Maybank2u

CARA TRANSFER / PINDAH / TAMBAH PELABURAN ASB (ASNB) ONLINE PANDUAN LENGKAP GUNA MAYBANK2U

Cara Transfer Pindah duit atau tambah pelaburan ASNB online meggunakan Maybank2u ke Akaun ASB.

Sebelum ini, urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter – kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran. Segala urusan penambahan atau penjualan semula saham perlu dilakukan melalui kaunter dan perlu menggunakan buku akaun simpanan milik individu.

Setiap pelanggan ASB perlu menunggu lama sekiranya ingin membuat urusan ASB di kaunter terutamanya selepas dividen diumumkan pada awal tahun. Para pelanggan akan mula membanjiri cawangan – cawangan kaunter ASB dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan.

Namun, dunia yang semakin maju menuju ke hadapan dengan segala teknologi yang canggih dan terkini telah membawa begitu banyak perubahan. Kemajuan teknologi ini juga turut memberi impak kepada urusniaga ASB.

Pelanggan ASB tidak perlu lagi bersesak di kaunter hanya untuk membuat penambahan saham. Dengan hanya klik dalam sistem perbankan, nilai pelaburan boleh ditambah dengan mudah. Walau bagaimana pun, sistem ini tidak membenarkan pelanggan membuat penjualan saham secara online. kami akan kongsikan cara Transfer Duit Maybank2u ke akaun ASB dengan mudah dan selamat. transfer duit ASB online

Baca Juga: myASNB:Cara Daftar myASNB & Cara Login ASNB Online

Cara Transfer Duit Online Dari Maybank2u ke Akaun ASB (ASNB)

Berikut adalah Langkah-langkah untuk Transfer Duit online dari Maybank2u ke akaun ASB yang perlu anda ikuti:

  1. Login ke Maybank2u
  2. Pergi ke “Pay & Transfer”
  3. Tekan “Transfer”
  4. Pilih “From To: Preferred Account” dan “Transfer To: ASNB Accounts”
  5. Pilih Akaun ASNB yang kita nak transfer
  6. Masukkan nilai wang di bahagian “Transfer Amount”
  7. Tekan ✓ pada “Terms and Conditions”
  8. Pilih “Transfer” untuk meneruskan proses
  9. Semak dan tekan “Confirm” untuk sahkan transaksi.
  10. Selesai transfer duit ASB online

*Nota Jika kita nak transfer ke akaun ASB orang lain, perlu key in nombor ASB dan pilih “New Transfer”.

Artikel Lain: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my

Cara Semak Baki ASB Guna Maybank2u

  1. Daftar / Login Maybank2u seperti biasa
  2. Baki akaun Maybank terkini akan dipaparkan
  3. Scroll ke sebelah kanan sekali iaitu di bahagian WEALTH
  4. Di bahagian WEALTH ini akan dipaparkan ASNB ACCOUNT
  5. Tekan VIEW. Semua akaun ASB kita akan dipaparkan beserta dengan nombor akaun.
  6. Klik pada akaun ASB yang ingin disemak. Perincian baki, dividen dan 5 transaksi terakhir di ASB akan dipaparkan. transfer duit ASB online

Baca Juga; Baucer Free Shipping Shopee&Lazada:Cara Dapatkan Kupon Penghantaran Percuma

Soalan Lazim

1.Bagaimana untuk mula melabur dalam unit amanah ASNB?

Anda boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  • Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

2.Di mana saya boleh membuat pelaburan tunai tambahan selepas membuka akaun?

  • Cawangan ASNB
  • Ejen ASNB
  • Portal myASNB
  • Perbankan Internet :
  • Maybank2u
  • CiMB Clicks
  • AffinOnline
  • RHBnow
  • HLB Connect
  • Pindahan wang melalui ATM Maybank

3.Apakah hukum pelaburan dalam ASB dan unit amanah ASNB yang lain?

  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  • ‘Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus’.

4.Saya mempunyai akaun ASB (atau unit amanah ASNB yang lain) tetapi sudah lama tidak melabur. Adakah akaun saya masih aktif?

Akaun anda masih aktif selagi baki akaun tidak berada di bawah had pelaburan minima seperti yang ditetapkan oleh ASNB iaitu sebanyak RM10. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima tersebut sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelakkan penutupan akaun yang juga boleh menjejaskan kelayakan anda untuk menikmati pengagihan pendapatan, jika ada. transfer duit ASB online

5.Mengapa pelabur ASNB digalakkan menetapkan penerima untuk pelaburan mereka dalam ASNB?

  • Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian. Oleh itu, proses tuntutan bagi unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet, yang mana hanya pentadbir atau wasi yang dilantik mahkamah boleh melaksanakan proses tuntutan harta pusaka. Proses mendapatkan surat wakil / wasi ini biasanya mengambil masa kira-kira 3 bulan dan kadangkala lebih panjang jika berlaku ketidaksefahaman antara waris. transfer duit ASB online
  • Proses mendapatkan surat wakil / wasi ini terpakai bagi tuntutan oleh waris bagi pelaburan RM10,000 ke atas dalam unit amanah ASNB.
  • Untuk memudahkan proses tuntutan unit amanah bagi pelaburan berjumlah RM10,000 ke atas, ASNB memperkenalkan perkhidmatan perwarisan Hibah Amanah untuk pelabur Muslim dan Pengisytiharan Amanah untuk pelabur bukan Muslim. transfer duit ASB online
  • Untuk pelabur Muslim, unit amanah yang dihibahkan tidak lagi menjadi sebahagian harta pusaka, justeru memudahkan pewaris membuat tuntutan untuk pelaburan yang ditinggalkan si mati.
  • Pelabur hanya perlu ke Cawangan ASNB untuk membuat tuntutan dan proses tuntutan mengambil masa kira-kira 21 hari dari tarikh tuntutan dikemukakan. transfer duit ASB online

6.Apakah perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)?

  • ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
  • ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)

7.Apa itu myASNB?

myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line)

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

  1. Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  2. Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  3. Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  4. Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  5. Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  6. Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB. transfer duit ASB online
  7. Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Artikel Lain; Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan transfer duit ASB online, sila hubungi pihak PNB seperti di bawah:

Nombor telefon: 03-2050 5500

Email: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang transfer duit ASB online ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment