VIBES 2.0 : Semakan Penyata & Tarikh Pencen JHEV

VIBES 2.0 : Semakan Penyata & Tarikh Pencen JHEV

VIBES 2.0 : Semakan Penyata & Tarikh Jadual Pencen JHEV

PELAKSANAAN GO-LIVE PORTAL VIBES 2.0

Semakan penyata pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.

Adalah dimaklumkan bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal VIBES 2.0 ini dan cara untuk mengaksesnya.

Baca Juga: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Fungsi & Peranan Portal VIBES 2.0 Bagi Pesara JHEV / ATM

Hasil usaha JHEV ATM menyediakan khidmat portal bagi kemudahan menyemak penyata pencen kini dilancarkan dan sedia untuk digunakan.

Kini segala urusan semakan berada di hujung jari anda. Menjimatkan masa, pantas dan boleh di semak pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang vibes.jhev.gov.my untuk mendaftar akaun portal Vibes 2.0 dengan beberapa langkah mudah. Anda boleh mendaftar masuk setiap kali ingin menyemak penyata pencen anda secara ekspres.

JHEV ATM akan sentiasa prihatin akan kebajikan veteran dan akan terus berusaha mencapai objektif dalam memelihara hal ehwal kebajikan veteran. Sokongan dan usaha bersama untuk JHEV ATM memberikan yang terbaik buat anda.

Bagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.

Baca Juga: Permohonan Undi Pos Online Dalam & Luar Negara (PRU15)

Kebaikan Sistem Online JHEV

Antara kebaikan sistem online ini adalah:

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.

Cara Pendaftaran VIBES 2.0

Cara pendaftaran akaun VIBES 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
  • Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  • Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  • Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  • Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

Rujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:

I) VETERAN ATM / WARIS

Cara pendaftaran akaun VIBES 2.0  vateran ATM waris

II) PENGGUNA DALAMAN

Cara pendaftaran akaun VIBES 2.0  pengguna dalaman

III) SYARIKAT

Cara pendaftaran akaun VIBES 2.0  syarikat

Sumber: JHEV ATM

Cara Kemaskini Maklumat Dalam Sistem VIBES 2.0

Untuk makluman, pihak JHEV ATM juga telah membangunkan VETERAN INTEGRATED BENEFIT SYSTEM 2.0 (VIBES) bagi kemudahan Veteran ATM membuat pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM.

Pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan diportal VIBES 2.0. Sila baca manual pengguna yang disediakan sebelum membuat pendaftaran.

Pautan Portal VIBES 2.0;

https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Tuan/puan boleh terus membuat pengemaskinian maklumat setelah login disistem VIBES 2.0.

Untuk pengemaskinian sila muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai.

Sila baca manual pengguna yang disediakan bagi tatacara pengemaskinian maklumat.

Dokumen Diperlukan Pendaftaran VIBES 2.0

Dokumen berkaitan perlu dimuat naik bagi pengemaskian maklumat :

  • Buku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskian perkhidmatan)
  • Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)
  • Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)
  • Sijil nikah (jika berkaitan)
  • Sijil cerai (jika berkaitan)
  • Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)

Jika bermasalah untuk pengemaskinian, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.

Cara Dapatan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

  • Layari Portal JHEV https://vibes.jhev.gov.my/
  • Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Anda akan dibawa ke halaman utama.
  • Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
  • Pilih TAHUN PENYATA.
  • Masukkan kod pengesahan.
  • Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
  • Penyata pencen akan dipaparkan.

Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2022

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN TAHUN 2022

JHEV ATM telah menyediakan Sistem Penyata Online bagi memudahkan Veteran ATM untuk membuat semakan dan muat turun penyata. Sila daftar di pautan ini; https://penyata.jhev.gov.my/penyata/

Sebarang pertanyaan/masalah boleh terus emelkan permasalahan dan butiran peribadi ke [email protected] atau hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.

Jadual pembayaran pencen tahun 2022 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:

  1. Januari : 21 / 01/ 2022
  2. Februari : 22 / 02/ 2022
  3. Mac : 22 / 03 / 2022
  4. April : 21 / 04 / 2022
  5. Mei : 23 / 05 / 2022
  6. Jun : 21 / 06 / 2022
  7. Julai : 21 / 07 / 2022
  8. Ogos : 22 / 08 / 2022
  9. September : 20 / 09 / 2022
  10. Oktober : 13 / 10 / 2022
  11. November : 22 / 11 / 2022
  12. Disember : 15 / 12/ 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

1) Sebarang pertanyaan pengemaskinian sila hubungi talian Unit Maklumat Veteran di talian 03-2050 8078 / 8113.

2) Sebarang pertanyaan/masalah berkaitan sistem sila hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.

Harap maklum, terima kasih.

KHIDMAT PELANGGAN JHEV ATM

: 03-2697 6600 / 03-2050 8000

Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan VIBES 2.0 Semakan Penyata & Tarikh Pencen JHEV ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment