Watson MY :Aplikasi Pembelian Online Watson (Cara Guna & Lokasi Drive Thru)
Watson MY antara aplikasi terkini yang diperkenalkan oleh pihak watson bagi memudahkan pelanggannya untuk booking online kemudian boleh pick up secara drive thru yang amat memudahkan pelanggan.
Sekiranya anda penggemar membeli barangan Watson, kini watson telah memperkenalkan satu aplikasi bagi memudahkan para pelanggannya untuk membuat tempahan barangan secara online melalui ciri Click & Collect.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan cara guna aplikasi watson my serta maklumat lain berkaitan aplikasi watson MY ini, semoga membantu.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Ciri Click & Collect Watson
Watsons telah sedia hadir dengan ciri Click & Collect yang mana anda boleh melakukan pesanan awal dan mengambilnya terus di rangkaian fizikal terpilih berdekatan anda.
Dengan adanya penawaran Click & Collect, ia bukan sahaja memudahkan proses pembelian tetapi juga menjimatkan masa anda untuk mencari parkir dan seterusnya beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.
Muat Turun Aplikasi Watson MY
Bagi memudahkan urusan anda melalui handphone, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi Watson My terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi tersebut:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
Cara Guna Aplikasi Watson MY
Setelah selesai install, berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi tersebut:
- Buka aplikasi Watson My
- Sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu
- Selesai daftar, anda boleh terus log masuk ke dalam aplikasi.
- Pilih barangan yang anda inginkan dan tambah barangan tersebut di dalam bakul.
- Pastikan anda memilih tab ‘Click & Collect Express’ dan tetapkan lokasi pengambilan barangan yang mudah untuk anda kunjungi.
- Akhir sekali, lakukan pembayaran sama ada menggunakan kad kredit, pembayaran atas-talian, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
- Selesai
NOTA: Pastikan anda menerima notifikasi SMS dari Watson terlebih dahulu sebelum mengunjungi ke kedai fizikal mereka. Hal ini kerana, sekiranya anda belum menerima apa-apa notis atau pemberitahuan, ia menunjukkan bahawa barang yang dipesan masih belum sedia untuk diambil.
Senarai Cawangan Drive Thru
Pada masa kini, selari dengan pengenalan Click & Collect, Watsons turut memperkenalkan cawangan pandu-lalu mereka yang pertama di TD Central, Johor Bahru. Pelanggan yang telah melakukan pesanan boleh terus menggunakan lorong pandu lalu untuk ambil barangan yang telah dipesan awal.
Cara Daftar Kad Watson Touch N Go VIP (Secara Online)
Sebagai seorang pengguna dan pelanggan Watson, anda mungkin tertanya-tanya adakah cara daftar kad Watson Touch N Go secara online? Jangan risau pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara daftar kad Watson Touch N Go secara online dengan cara yang mudah.
Cara daftar kad Watson Touch n Go
Di bawah akan dikongsikan cara daftar kad Watson Touch N Go.
- Layari laman web rasmi ini: https://www.touchngo.com.my/CMS/Personal/Products/Watsons-VIP-Card/about-watsons-vip/
- Anda akan dibawa ke laman web rasmi untuk Touch N Go.
- Pada laman tersebut, anda dibawa ke bahagian About untuk penerangan mengenai Watsons VIP Card. Tekan link Click here.
- Pada laman seterusnya, anda dibawa ke laman web rasmi Watsons di bahagian Health Club. Scroll ke bahagian kanan atas dan tekan butang Activate Card.
- Pada laman seterusnya, untick pada kenyataan Do you have Watsons Member Card, menandakan anda masih belum mempunyai kad Watsons.
- Beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Your First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
- Pada ruangan Your Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama anda sendiri pada ruangan Your First Name dan Your Last Name. Sebagai contoh, sekiranya nama anda ialah Muhammad Azfar, masukkan nama Muhammad pada ruangan Your First Name, manakala nama Azfar pada ruangan Your Last Name. Atau, anda boleh memasukkan nama Azfar pada ruangan Your First Name, manakala nama bapa anda pada ruangan Your Last Name.
- Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
- Pada ruangan Confirm Email, masukkan sekali lagi emel anda.
- Pada ruangan Mobile, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah dalam lingkungan 8-20 aksara, serta mempunyai minimum satu nombor dan huruf besar. Simbol tidak boleh digunakan.
- Pada ruangan Invite Code, sekiranya anda mempunyai kod untuk invitation yang dimiliki oleh mana-mana kenalan anda yang sudah mempunyai akaun dan kad Watsons, masukkan kod tersebut di ruang yang disediakan. Jika tiada, abaikan.
- Pada kenyataan di bawahnya, anda boleh membuat pilihan sama ada anda ingin menerima sebarang tawaran atau perkembangan mengenai jualan, promosi atau diskaun yang Watsons di seluruh Malaysia tawarkan. Sebarang maklumat mengenai perkara ini akan dihantar ke emel dan juga SMS ke telefon anda. Sekiranya anda tidak mahu, tick pada kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ada membuat pembelian barangan Watsons secara online, anda tetap akan menerima iklan-iklan ini di emel dan SMS anda.
- Kemudian, tekan link Terms and Conditions serta Privacy Policy Statement untuk membaca terma & syarat serta untuk pendaftaran, data-data peribadi serta pemilikan kad Watsons anda.
- Sekiranya anda bersetuju dengan semua kenyataan yang telah ditetapkan oleh pihak Watsons, tekan butang Create untuk menyempurnakan proses pendaftaran anda.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai click & collet dan lokasi drive-thru Watson, sila layari website rasmi di pautan https://www.watsons.com.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Watson MY ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com