Roda Darul Ehsan RiDE 2022 :Permohonan Subsidi Lesen Motosikal RM350

Roda Darul Ehsan RiDE 2022 :Permohonan Subsidi Lesen Motosikal RM350

Program Roda Darul Ehsan RiDE

Kepada warga remaja yang menetap atau bermastautin di Selangor yang belum mempunyai lesen motosikal, anda boleh membuat permohonan program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) untuk dapatkan subsidi.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan program Roda Darul EhsanRiDE serta maklumat penting berkaitan Roda Darul EhsanRiDE dan juga borang permohonan bantuan Roda Darul EhsanRiDE ini, semoga membantu.

Baca Juga: Watson MY :Aplikasi Pembelian Online Watson (Cara Guna & Lokasi Drive Thru)

Apa Itu Roda Darul Ehsan RiDE

Program Inisiatif Roda Darul EhsanRiDE) dilancarkan sejak tahun 2020 kini diteruskan lagi khusus kepada anak muda di Selangor. Pada tahun 2020, sebanyak RM350 subsidi diberikan untuk mendapatkan lesen motosikal B2 dan kit penghantaran makanan bernilai RM150.

Artikel lain: Selangor Freelance:Insentif Tunai RM400 Warga Selangor

Syarat Kelayakan Permohonan Roda Darul Ehsan RiDE

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Pemohon merupakan anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja.
  • Permohonan hanya layak bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor, pelupusan dan tamat tempoh. Permohon mestilah menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan.
  • Bagi pemohon yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan.
  • Permohonan mestilah mendapat pengesahan bermastautin lokaliti kawasan masing-masing.

Baca Juga: Rumah Idaman Selangor:Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40

Cara Permohonan Roda Darul Ehsan RiDE

Kepada individu yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  • Muat turun Borang Permohonan RiDE
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  • Borang permohonan tersebut mesti disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelaras DUN/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk di Negeri Selangor sahaja.
  • Setelah disahkan, hantarkan borang tersebut bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke alamat seperti berikut:

Urusetia, Program Inisiatif Roda Darul Ehsan, d/a Majlis Sukan Negeri Selangor, Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Baca Juga: Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor

Proses Permohonan Roda Darul Ehsan RiDE

Berikut adalah merupakan proses permohonan RiDE untuk rujukan anda:

  • Borang permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak urusetia dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Setiap permohonan yang dihantar melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Selepas proses permohonan diluluskan, pihak Urusetia akan menghubungi pemohon bagi memaklumkan status permohonan.

Ketahui Juga: TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

Borang Permohonan Roda Darul Ehsan RiDE

Borang permohonan bantuan program Roda Darul EhsanRiDE boleh di muat turun secara online. Klik MUAT TURUN BORANG RiDE

Artikel Lain: Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS): Cara Mohon Insentif RM5000 One-Off

Soalan Lazim     

Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan dengan RiDE?

Jawapan:

RiDE adalah singkatan daripada Inisiatif Roda Darul Ehsan yang merupakan satu program baharu kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2020 untuk anak muda Selangor. Ia merupakan subsidi bagi mereka yang telah mempunyai Lesen Motorsikal B2 diantara tahun 2019 hingga 2021.

Soalan 2

Sekiranya pemohon tidak mempunyai Lesen L bagi B2 adakah pemohon layak memohon subsidi RiDE?

Jawapan:

Tidak. Pemohon perlu menamatkan Lesen P bagi B2 terlebih dahulu.

Soalan 3

Apakah jenis subsidi yang boleh dipohon?

Jawapan:

Terdapat dua (2) jenis kategori subsidi RiDE;

  • Lesen Memandu B2 = RM350
  • Rider E-hailing = Tambahan RM150

Soalan 4

Apakah syarat-syarat permohonan RiDE?

Jawapan:

Syarat Kelayakan Subsidi Lesen B2

  • Terbuka kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau pemastautin tetap di Selangor.
  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja.
  • Pemohon telah mempunyai Lesen Memandu B2 diantara tahun 2019-2021.

Syarat Kelayakan Subsidi Rider E-Hailing

  • Terbuka kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau pemastautin tetap di Selangor.
  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja.
  • Pemohon telah mempunyai Lesen Memandu B2
  • Berdaftar dengan syarikat E-Hailing

Soalan 5

Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan?

Jawapan:

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari pautan Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di laman web rasmi Majlis Sukan Negeri Selangor www.msnselangor.gov.my

Soalan 6

Apakah dokumen yang perlu disertakan bersama pautan tersebut?

Jawapan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu B2
  • Salinan Bil Utiliti (elektrik/air)
  • Salinan Penyata Bank yang mengandungi maklumat nama pemohon, nama bank dan nombor akaun.

Soalan 7

Bagaimanakah sekiranya pemohon tidak mempunyai nombor akaun bank?

Jawapan:

Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh menggunakan nombor akaun ibu/bapa dengan memuat naik Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa mereka.

Soalan 8

Apakah manfaat lain bagi penerima subsidi RiDE kategori Rider E-Hailing?

Jawapan:

Selain subsidi lesen motorsikal B2 sebanyak RM350, pemohon juga akan mendapat tambahan RM150 sebagai galakan kerajaan Negeri Selangor terhadap usaha golongan belia merancakkan gig ekonomi.

Baca Juga: Bantuan Selangor Asuh Pintar:Cara Mohon RM100 Sebulan Yuran Taska/Nurseri

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), sila merujuk kepada Majlis Sukan Negeri Selangor dengan cara berikut:

Hubungi: 03-55109063/03-55196380

Email: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment