MAPPA 18 : Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18

MAPPA 18: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18

LIVE 30 Ogos 2022 MAPPA 18: MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada hari ini, 30 Ogos 2022.

Ramai tentunya tertunggu-tunggu apakah berita gembira yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri hari ini di MAPPA 18.

“Negara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka. Begitu juga dengan ancaman keselamatan, termasuk di perbatasan negara.

“Pada saat negara sedang mengalami kesusahan, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain, bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

“Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tempoh hari.

Ismail Sabri berkata, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika mendapat dukungan daripada semua pihak.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.

“Begitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.

Berita Baik Penjawat Awam

Apa agaknya berita baik untuk penjawat awam tu ya?

Saksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 yang disempurnakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di saluran RTM dan Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara.

LIVE: MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)

“Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia”

Pautan LIVE:

Facebook: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=search&v=1142660606331307

Youtube: https://youtu.be/Mn7NS5LFmb4

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Pengumuman khas kepada penjawat awam ini anda boleh layari https://www.jpa.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pengumuman khas kepada penjawat awam ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment