Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam / IPTS Terpilih / Politeknik

Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik

Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam / IPTS Terpilih / Politeknik

Sila rujuk maklumat lanjut dan cara permohonan Bantuan Kemasukan Universiti di bawah:

Apakah Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik ?

Insentif Bantuan Kemasukan Universiti berjumlah RM1000 ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains untuk anak-anak veteran ATM.

1) Bantuan Bantuan Kemasukan Universiti ini bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti dan juga sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

2) Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:

   a) RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.

   b) RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.

3) Bagaimana untuk memohon?

   a) Muat turun dan lengkapkan borang berikut : Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEVBK2019)

   b) Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.

   c) Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.

4) Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.

5) Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).Semakan status permohonan boleh dibuat di Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

6) Untuk maklumat lanjut sila layari www.jhev.gov.my atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam / IPTS Terpilih / Politeknik

Baca Juga: Cara Semak No Plat Terkini:Semak & Tempah No Plat Online

Syarat Kelayakan Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik

Syarat Umum

  • Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian

Syarat Khusus

  • Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.
  • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.
  • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.
  • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
  • (Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)

Artikel Lain:Semakan UKKM MRSM 2022: Tarikh, Masa & Tempat Ujian Kemasukan MRSM

Cara Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik

Borang permohonan boleh didapati di:

https://www.jhev.gov.my/…/category/9-bahagian-kebajikan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk info lanjut, layari laman web https://www.jhev.gov.my/ atau muat turun dokumen berikut:

Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 – BORANG KEBAJIKAN JHEV.BK.2019 LATEST AS AT 2.9.2020 1 4.pdf

Senarai IPTS Terpilih – SENARAI_IPTS_TERPILIH_27112020.pdf

Syarat dan Kelayakan Memohon Bantuan – Syarat- syarat Kelayakan Bantuan IPTS.pdf

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Kemasukan Universiti ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment