Semakan UKKM MRSM 2022: Tarikh, Masa & Tempat Ujian Kemasukan MRSM

Semakan UKKM MRSM: Tarikh, Masa & Tempat Ujian Kemasukan MRSM

Semakan UKKM MRSM: Tarikh, Masa & Tempat Ujian Kemasukan MRSM

Dengan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) menjadi syarat kelayakan pelajar masuk ke MRSM.

Secara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian.

Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2022.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan UKKM pada 29 November 2021, jam 10.00 pagi.

Baca Juga: Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

SEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022)

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2022, pada Disember depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat itu, bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.

Calon terbabit akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022.

Sementara itu, beliau berkata Mara menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun depan.

Semakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM

Semakan tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian bermula jam 10.00 pagi, 29 November 2021.

Semakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.

Pertukaran Tarikh Masa & Tempat Ujian Tidak Dibenarkan

Beliau berkata calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.

Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.

Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

Cara Semakan UKKM MRSM 2022

Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)

Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk

Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:

Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)

Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk

Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Serba Sedikit Tentang MRSM

Pengenalan Tentang MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Ketahui Juga: Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Terdapat tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts  and Mathematics (STREAM) dilaksanakan di MRSM.

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

1.Premier

  • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA

2.Ulul Albab

  • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran

3.IGCSE

  • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM

4.IB MYP (Middle Years Programme)

  • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM

5.Teknikal

  • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan

6.PKP (Program Khas Pendidikan)

  • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Baca Juga: Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.

Permohonan Kemasukan MRSM 2022

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi permohonan MRSM kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon permohonan kemasukan MRSM daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan Bandar.

Maklumat Lanjut Tentang UKKM MRSM

Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang UKKM MRSM ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM UKKM MRSM

Leave a Comment