Bantuan Kerajaan 2022:Senarai Bantuan Disediakan Kerajaan 2022
Melalui belanjawan 2022 kerajaan telah mengumumkan beberapa jenis bantuan yang akan diberikan kepada rakyat pada tahun depan. Bantuan kerajaan 2022 yang diumumkan baru-baru ini meliputi beberapa kategori mengikut keperluan rakyat.
Pecahan Kategori Bantuan Kerajaan 2022
Ringkasan Pecahan kategori bantuan kerajaan melalui bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini adalah seperti berikut:
- Bantuan Kewangan
- Bantuan Kerajaan 2022 Kategori Pekerjaan
- Perlindungan Sosial
- Wanita, Kanak-kanak & Kumpulan Rentan
- Kesihatan
- Bantuan Kerajaan 2022 Kategori Pendidikan
Bantuan Kerajaan Kategori Kewangan
3 Inisiatif Utama Bantuan Kewangan yang diumumkan melalui bajet 2022 yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut.
Bantuan Kerajaan 2022 Bantuan Keluarga Malaysia
Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar mengikut pecahan kelayakan mengikut kategori seperti berikut:
- Bantuan Kerajaan 2022 kategoriIsi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
- Bantuan Kerajaan 2022 kategoriIsi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
- Bantuan Kerajaan 2022 kategoriIbu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
- Bantuan Kerajaan 2022 kategoriWarga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
- Bantuan Kerajaan 2022 kategoriWarga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
- Bantuan Kerajaan 2022 kategoriBujang (<RM2,500)*: RM350
*(Pendapatan Bulanan)
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia baca: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Tunai RM2000 Untuk B40
Bantuan Kerajaan 2022 Skim Jaminan Kredit Perumahan Ditingkatkan
Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap
Program e-Start Skim Transaksi Tanpa Tunai
Melalui Program e-Start skim transaksi tanpa tunai Kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi
- RM150 akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia
Untuk maklumat lanjut tentang e-Start baca: eStart Kredit Belia RM150 (Cara Tebus & Claim e-Skim Transaksi Tanpa Tunai)
Bantuan Kategori Pekerjaan
3 Inisiatif Utama Bantuan Kerajaan Kategori Pekerjaan yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut:
Insentif Penggajian JaminKerja
Peluang pekerjaan melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori berikut:
- Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing: 20% untuk 6 bulan pertama, 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
- Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan: 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan pertama, 40% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
- Perantis: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
- Pekerja Gig: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan
Untuk memohon pekerjaan, terokai Portal MyFutureJobs. Maklumat lanjut tentang MyFuturejobs baca: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Malaysia Short-term Employment Program
Program Malaysia Short-term Employment Program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam (50,000 penempatan) dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) (30,000 penempatan)
Program Latihan & Peningkatan Kemahiran
Program Latihan & Peningkatan Kemahiran membantu pencari kerja dengan menyediakan latihan kemahiran bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan menjamin penempatan pekerjaan.
Bantuan Kerajaan Kategori Perlindungan Sosial
3 Inisiatif Utama Bantuan Kerajaan Kategori Perlindungan Sosial yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut:
Perluasan Perlindungan Sosial
- Pencaruman PERKESO bagi Pekerja Sendiri dan Sektor Informal
- Liputan perlindungan sosial negara di bawah PERKESO untuk mencarum bagi pekerja sendiri dan sektor informal dengan nilai caruman 80 peratus
- Liputan diluaskan kepada 9 kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan dalam Komuniti
Program Baucar Perlindungan Tenang
- Penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insuran komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022
Perumahan Mesra Projek-projek Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah
- Diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri
- Membiayai subsidi sebanyak RM20,000 seunit, di samping kemudahan pembiayaan serta yuran pengurusan kepada pemohon
- Pemilikan rumah kediaman untuk 3,000 unit rumah
Bantuan Kategori Pekerjaan Wanita, Kanak-kanak, Kumpulan Rentan
3 Inisiatif Utama Bantuan Kerajaan Kategori Pekerjaan Wanita, Kanak-kanak, Kumpulan Rentan yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut:
Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia
Usaha untuk melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yang kehilangan ibubapa akibat COVID-19
Program DANANITA & TEKUNITA
Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19
Program Community Feeding
Tiga inisiatif:
- Perluasan Program Community Feeding Bandar (PCF Bandar) yang melibatkan kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Pulau Pinang
- Perluasan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) dengan menambah kriteria susut, bantut, berisiko masalah pemakanan dan anemia selain kurang berat badan
- Penubuhan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit, Hospital KKM di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak
Bantuan Kerajaan 2022 Kategori Kesihatan
3 Inisiatif Utama Bantuan Kerajaan Kategori Kesihatan yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut:
Peruntukan Tambahan KKM Untuk Covid-19
- Perolehan Vaksin dan Kos Bahan Menangani COVID-19
- Kerajaan akan peroleh 88 juta dos bersamaan dengan lebih 140% penduduk, iaitu mencukupi untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas
- Selain kos vaksin, bagi menangani COVID-19 terdapat keperluan khusus terutamanya untuk bekalan ubat, gas perubatan, reagen dan bahan guna habis
Penekanan Terhadap Isu Kesihatan Mental
Memperkukuh perkhidmatan sokongan kesihatan mental, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi, dan memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental
Penajaan Program Kepakaran untuk Pegawai Kontrak Perubatan dan Pergigian
Program Kepakaran Pegawai Kontrak Perubatan & Pergigian merangkumi:
Peruntukan 100 juta ringgit untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian
Penyambungan pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama selama 2 tahun kepada maksimum 4 tahun
Bantuan Kerajaan Kategori Pendidikan
3 Inisiatif Utama Bantuan Kerajaan 2022 Kategori Pendidikan yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut:
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia
- Membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi
Bantuan Awal Persekolahan
Pemberian RM150 secara one-off bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga bagi tujuan persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka
Anda boleh semak di sini: Bantuan Awal Persekolahan 2022: Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon
Bantuan Kerajaan Bantuan Untuk Perniagaan
3 Inisiatif Utama Bantuan Kerajaan 2022 Untuk Perniagaan yang telah diumumkan baru baru ini seperti berikut:
3 Inisiatif Utama Bantuan Kewangan & Pembiayaan
SemarakNiaga – Mikrokredit
Pembiayaan kredit mikro tanpa faedah untuk 6 bulan pertama, beserta kemudahan moratorium, akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank dan BSN, kepada para peniaga mikro
Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Alternatif
Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing
Geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh BPMB
Skim Geran Pendigitalan PKS
Skim geran pendigitalan PKS berjumlah RM200 juta
Bantuan Bantuan Untuk Perniagaan Pengambilan Pekerja
2 Inisiatif Utama Pengambilan Pekerja adalah seperti berikut:
Insentif Penggajian JaminKerja
Usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori berikut:
- Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing: 20% gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 30% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
- Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan: 30% gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 40% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
- Perantis: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
- Pekerja Gig: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan
Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran
Program membantu pencari kerja dengan menyediakan latihan kemahiran bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan menjamin penempatan pekerjaan
Inisiatif Bantuan Kerajaan 2022
Lain-lain inisiatif bantuan kerajaan lain tahun 2022 antaranya adalah seperti berikut:
- Bantuan Pelancongan
- Bantuan khas kepada pengusaha pelancongan, yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk tempoh 3 bulan
- Program Subsidi Upah Bersasar
- Geran Padanan Berkaitan Seni Budaya
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan bantuan kerajaan untuk tahun 2022 anda boleh layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/business.html atau anda juga boleh semak di: Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Kerajaan 2022 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com