eStart: Kredit Belia RM150 (Cara Tebus & Claim e-Skim Transaksi Tanpa Tunai)
eStart Kredit Belia. Dalam belanjawan 2021 yang lepas,kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet RM150 secara one-off.Program tersebut dikenali sebagai program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Kami menyediakan panduan mudah berkenaan eStart Kredit Belia RM150 untuk anda semua. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart untuk makluman bersama.
Artikel Lain; Cara Permohonan BKM:Cara Permohonan & Jumlah Bantuan
Apaka Itu eStart Belia?
e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan khas kepada belia.
Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Baca Di Sini; Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan
Jumlah Bantuan eStart Kredit Belia
Setiap pemohon belia yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dalam program eStart ini.
Baca Juga: BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
Kelayakan Permohonan eStart Kredit Belia
Pelajar IPT belia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 layak memohon eStart.
Baca Juga; Diskaun PTPTN Hingga 15% Mulai 1 November 2021 (Bajet 2022)
Cara Permohonan eStart Kredit Belia
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.
Kerajaan memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”
Baca Juga: Bantuan Awal Persekolahan 2022: Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon
Apakah e-tunai Yang Terlibat?
Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi diumumkan.
Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.
Soalan Lazim
1.Di manakah saya boleh membuat tuntuan kredit eStart Belia ini?
Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat dalam program ini adalah:
- BigPay;
- Boost;
- ShopeePay; dan
- Touch ‘n Go eWallet.
2.Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eStart Belia tersebut?
Anda boleh menggunakan kredit RM150 eBelia untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- tunai pilihan anda, KECUALI:
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- bayaran kepada peniaga bukan tempatan (“overseas merchants”).
3.Mengapa permohonan saya lambat diluluskan?
Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM150 eBelia. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-tunai yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.
Maklumat perhubungan penyedia perkhidmatan e-tunai:
- Boost Customer Experience Contact: Telephone: +603-2260 9494
- E-mail: support@myboost.com.my
- Website: https://support.myboost.com.my/hc/en-us/requests/new
- BigPay: support.my@bigpayme.com atau “in-app chat”;
- ShopeePay: help@support.shopee.com.my; and
- Touch ‘n Go eWallet: https://tngd.my/careline-webform
4.Bolehkah saya membuat tuntutan kredit RM150 eBelia kepada lebih daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai?
Anda dibenarkan membuat tuntutan kredit RM150 eBelia hanya sekali kepada 1 penyedia perkhidmatan e-tunai pilihan anda sepanjang tempoh program. Selepas tuntutan berjaya dibuat, sebarang tuntutan selanjutnya akan ditolak oleh sistem.
5.Apakah itu Program eStart?
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
6.Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.
7.Siapa yang layak memohon?
Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.
8.Bagaimana untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan eStart Kredit Belia atau maklumat lain berkaitan bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain sila layari laman web https://www.mof.gov.my/.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang eStart Kredit Belia ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com