Bantuan Perkahwinan Selangor: Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)

Bantuan Perkahwinan Selangor: Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)

Untuk pasangan dari negeri Selangor, jangan lupa mohon bantuan perkahwinan Selangor yang diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Kos melangsungkan perkahwinan sememangnya tidak murah dan diharapkan dengan pemberian insentif sagu hati ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pasangan baru berkahwin.

Program bantuan perkahwinan di Selangor ini lahir setelah Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Perkahwinan Selangor untuk panduan anda.

Untuk bantuan perkahwinan bagi negeri lain anda boleh baca: Bantuan Perkahwinan Mengikut Negeri DI Malaysia

Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)

Bantuan atau insentif kewangan diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).

Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.

Dengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.

Manfaat Program Bantuan Perkahwinan Selangor Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)

Nilai insentif yang diberikan adalah RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).

Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

Syarat Permohonan Bantuan Perkahwinan Selangor

Syarat permohonan Bantuan Perkahwinan Selangor berdasarkan individu

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat di bawah akan dipertimbangkan untuk permohonan:

  • Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
  • Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
  • Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  • Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
  • Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  • Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)
  • Syarat kelayakan penerima Insentif RM300
  • Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi syarat Permohonan iGems.
  • Mereka WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).
  • Hadir dan menamatkan modul kursus yang dilaksanakan.

Cara Memohon Bantuan Perkahwinan Selangor Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS 2022)

Untuk permohonan dan maklumat terkini mengenai insenfif bantuan perkahwinan ini, sila layari laman web IGEMS di alamat https://yawas.my/igems.php

Untuk semakan permohonan Bantuan Perkahwinan Selangor, boleh semak di halaman berikut https://igems.yawas.my/admin/semakan.php

PEMBERIAN INSENTIF RM300

  • NILAI INSENTIF : RM300.00 SEORANG (SALAH SEORANG SUAMI ATAU ISTERI ATAU KEDUA-DUA SUAMI DAN ISTERI – TERTAKLUK KEPADA YANG MENEPATI SYARAT LAYAK PROGRAM IGEMS)
  • PEMBERIAN MELALUI BAUCER CENDERAHATI PREMIUM (BCP) BERNILAI RM300.00 DAN DISERAHKAN KEPADA PENERIMA PADA HARI KURSUS. *PENERIMA PERLU HADIR KE BANK BSN UNTUK MENUKARKAN BCP DALAM BENTUK SIJIL SIMPANAN PREMIUM DAN BOLEH DITUNAIKAN SELEPAS 45 HARI BERKERJA ATAU BOLEH DISIMPAN SAHAJA.
  • PEMBERIAN INSENTIF INI AKAN DIBERIKAN SETELAH TAMAT KURSUS
  • INSENTIF DIBERIKAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KOMITMEN BELIA HADIR KURSUS DISAMPING MENGGALAKKAN BELIA MENYIMPAN
  • KURSUS KEKELUARGAAN YANG MEWAJIBKAN KEHADIRAN KEDUA-DUA PASANGAN
  • KURSUS KEKELUARGAAN SELAMA SETENGAH HARI DAN KOS KURSUS DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan tentang program Bantuan Perkahwinan Selangor ini, sila rujuk laman web https://igems.yawas.my/ atau hubungi

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7,

40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03 5481 8800

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Perkahwinan bagi Negeri Selangor ini memudahkan anda membuat rujukan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment