Kursus PSV Percuma: Cara Mohon & Syarat Permohonan
Permohonan Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) Percuma
Sekiranya anda bercita-cita ingin menjadi seorang pemandu bas, maka tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) secara percuma ini tidak boleh anda lepaskan.
Program ini merupakan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA).
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara Tahun 1972 (Akta75). Selain itu, KEJORA juga diberikan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tengara 1972 bagi tujuan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kawasan dalam negeri Johor dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayahnya.
Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan dan bercita-cita untuk mencari pekerjaan sebagai kapten kapal.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Kursus PSV Percuma ini untuk memudahkan anda.
Baca Juga: Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022
Tarikh Permohonan
Permohonan telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah 7 Julai 2022.
Program Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA) ini akan berlangsung selama 3 bulan dan setiap peserta yang diterima masuk akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan.
Baca Di Sini: Bantuan Perkahwinan Selangor: Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)
Cara Permohonan
Permohonan untuk menyertai Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengisi maklumat dan butiran diri anda di Google Form di pautan berikut:
Hanya permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan.
Baca Juga: eRumah Johor 2022:Daftar,Permohonan & Semakan Rumah Mampu Milik Johor
Syarat Permohonan Kursus PSV Percuma
Sebelum anda mengisi borang permohonan untuk program kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini, pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Terbuka kepada rakyat Malaysia berusa antara 21 hingga 40 tahun
- Keutamaan kepada penduduk di wilayah KEJORA
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca dan menulis
- Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol
- Pemegang lesen D selama 2 tahun dan tiada rekod saman tertunggak
- Terhad kepada 30 orang peserta sahaja
- Permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh 7 Julai 2022
Artikel Lain: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan
Manfaat Program Kursus PSV Secara Percuma
Berikut merupakan beberapa kelebihan yang bakal dinikmati oleh peserta Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) ini:
- Latihan percuma selama 3 bulan
- Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
- Elaun latihan sebanyak RM150.00
- Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan
- Kursus sebegini biasanya adalah berbayar dan tidak murah maka sesiapa yang terpilih sebenarnya sangatlah beruntung kerana dapat mengikutinya secara percuma.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Kursus PSV Percuma ini, sila hubungi dengan pegawai bertugas di bawah ini:
En Amir Hafizal – 07 884 3086
Cik Norniza – 07 884 3085
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Kursus PSV Percuma ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com