Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) : Panduan
BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023
Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.
Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Desember 2022 (Sesi Pagi).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022.
Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.
Sumber: Jabatan Penerangan WPKL
Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat
Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.
Tarikh Bayaran BTR 2023 Bantuan Tunai Rakyat
Pada Januari 2023, kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1.
Adakah Bantuan Tunai Rakyat Sama Dengan BKM?
Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 belum diumumkan.
Namun, jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Januari 2023 nanti.
Sekadar perbandingan, berikut adalah usul yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu berkenaan bantuan tunai yang sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2023.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
BKM 2023
BKM 2023
ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
BAJET BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
Kenyataan Media Bantuan Tunai Rakyat
Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bulan depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Menurutnya, setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100.
“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.
“Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir,” katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Kerajaan akan meneruskan Bayaran BantuanTunai Rakyat 2023 Fasa 1 dengan pembayaran diawalkan pada Januari ini berbanding Mac.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.
“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Perdana Menteri hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bayaran berkenan yang akan disalurkan pada Januari, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, tambah Anwar.
“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023,” ujar Perdana Menteri.
Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak kepada pekebun kecil getah pada Januari ini.
Langkah tersebut, kata Perdana Menteri, bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh ini.
“Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” kata Anwar lagi.
Bantuan Khas Penjawat Awam 2023
Sementara itu, Anwar berkata, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 akan diteruskan.
Perdana Menteri, berkata Bantuan Khas Kewangan turut disalurkan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700, manakala dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com