Cara permohonan BTR 2023. Mini bajet 2023 telah pun di bentangkan oleh Perdana Menteri hari ini dan antara yang disentuh adalah bantuan tunai rakyat yang akan diteruskan kesinambungan daripada kerajaan terdahulu.
Bantuan BTR 2023 ini mengfokuskan bantuan kepada beberapa kategori dan kumpulan sasar yang layak.
Pemberian bantuan ini akan mula diberikan kepada mereka yang layak bermula pada bulan januari 2023 berbanding jadual asal pembayaran iaitu pada bulan mac 2023.
Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 ini diawalkan kerana kekangan bagi rakyat yang memerlukan bantuan berikutan musim tengkujuh yang melanda negara sekarang ini.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Cara Permohonan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 yang diumumkan dalam mini bajet 2023.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Jumlah Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Mengikut Kategori
Melalui pembentangan Mini Bajet 2023, jumlah bantuan yang akan diberikan tidak diperincikan namun jika mengambil kira Bantuan Keluarga Malaysia 2022 berikut adalah kemungkinan jumlah Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023
1 – Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,000 : Lebih 3 Anak
- RM1,500 : 1- 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
2 – Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan
- RM800 : Lebih 3 Anak
- RM600 : 1- 2 Anak
- RM400 : Tiada Anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
- RM300 : Warga Emas
- RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan
3 – Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000
- RM600
4 – Bujang Pendapatan Kurang RM2,500
- RM350
*Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
Baca Juga: Jobstreet : Cara Buka & Daftar Akaun (Cari Kerja Kosong Gaji Menarik)
Cara Permohonan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023
Cara permohonan BTR 2023 belum diperincikan lagi oleh kerajaan dan dijangka akan diperhalusi pada masa terdekat.
Seperti tahun ini kebanyakan bantuan yang diberikan kerajaan adalah berdasarkan kepada data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Kami akan mengemaskini cara permohonan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 setelah mendapat maklumat rasmi berkaitannya.
Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023
Tarikh pembayaran pertama Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 adalah pada Januari 2023 selepas kesemua pemohon sama ada dari individu atau keluarga yang layak dikenalpasti.
Kenyataan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023
Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bulan depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Menurutnya, setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100.
“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.
“Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir,” katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Kerajaan akan meneruskan Bayaran BantuanTunai Rakyat 2023 Fasa 1 dengan pembayaran diawalkan pada Januari ini berbanding Mac.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.
“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Perdana Menteri hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bayaran berkenan yang akan disalurkan pada Januari, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, tambah Anwar.
“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023,” ujar Perdana Menteri.
Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak kepada pekebun kecil getah pada Januari ini.
Langkah tersebut, kata Perdana Menteri, bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh ini.
“Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” kata Anwar lagi.
Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam 2023
Sementara itu, Anwar berkata, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 akan diteruskan.
Perdana Menteri, berkata Bantuan Khas Kewangan turut disalurkan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700, manakala dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
Maklumat Lanjut Cara Permohonan BTR
Untuk maklumat lanjut mengenai Cara Permohonan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Permohonan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Cara Permohonan BTR Cara Permohonan BTR Cara Permohonan BTR Cara Permohonan BTR Cara Permohonan BTR Cara Permohonan BTR