BKC Fasa 2: Semak Status Bayaran November 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status Bayaran November 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status Bayaran November 2021

TARIKH BAYARAN BKC FASA 2 & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 telah mula disalurkan pada 6 September 2021 yang lalu.

Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran serta kategori penerima yang layak.

Apakah Bantuan Khas COVID-19?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Cara Permohonan / Syarat Kelayakan BKC

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  • Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  • B40 – Permohonan BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM)
  • Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar
  • B40
  • M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah secara berfasa (dibayar 3 kali) seperti berikut:

  • Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 kali secara berfasa.

  • Fasa 1 – September 2021
  • Fasa 2 – November 2021
  • Fasa 3 – Disember 2021

Sila rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori yang TERKINI seperti berikut:

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Sumber: FAQ BKC Terkini (Dikemaskini 9 September 2021)

Kaedah Pembayaran BKC Fasa 2

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  • Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  • permohonan BPR 2021
  • B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  • permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

Cara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:

A. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2 SECARA ONLINE

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik Log Masuk atau Semakan Status
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Maklumat yang akan dipaparkan
  • Status Permohonan
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Pembayaran
  • Paparan Borang

B. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC FASA 2 SECARA MANUAL / TELEFON

  • Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS
  • Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Cara Set Semuala Lupa Kata Laluan BKC

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Soalan Lazim

A.Kaedah Semakan Status dan Pendaftaran MyBKC

1. S: Bilakah semakan status BKC boleh dibuat?

J: Semakan status BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021 secara dalam talian di Portal Rasmi BKC https://bkc.hasil.gov.my.

2. S: Bagaimanakah semakan status BKC boleh dibuat?

J: Semakan status BKC boleh dibuat melalui:

i. Portal Rasmi Bantuan Khas Covid-19 (BKC), https://bkc.hasil.gov.my dengan memilih Log Masuk / Semakan Status; atau

ii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang); atau

iii. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang); atau

iv. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran melalui janji temu (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu). Walau bagaimanapun, digalakkan untuk membuat semakan secara dalam talian di Portal Rasmi BKC.

3. S: Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status BKC melalui Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my)?

J: Semakan boleh dibuat seperti berikut:

i. Klik Log Masuk atau Semakan Status

ii. Masukkan Nombor MyKad

iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan

iv. Masukkan Kata Laluan

v. Maklumat yang akan dipaparkan

a. Status Permohonan

b. Amaun Keseluruhan Diterima

c. Maklumat Pembayaran

d. Paparan Borang

4. S: Apabila saya klik Log Masuk dan masukkan Nombor MyKad paparan mesej “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila ke Halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”. Adakah semua penerima BKC perlu mendaftar Akaun MyBKC?

J: Pendaftaran MyBKC perlu dibuat bagi membolehkan semakan status melalui Portal Rasmi BKC. Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 dan telah mendaftar MyBPR, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan semasa MyBPR boleh digunakan untuk Log Masuk MyBKC.

5. S: Bagaimanakah cara untuk mendaftar MyBKC?

J: Untuk log masuk kali pertama MyBKC, anda perlu mendaftar MyBKC terlebih dahulu seperti berikut:

i. Klik Log Masuk / Semakan Status

ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

iii. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.

iv. Klik Daftar Akaun

v. Maklumat Keselamatan Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul

a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.

b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi

3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul

c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Jawapan bagi Soalan 7.

vi. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)

a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati

  • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
  • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan

  • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan

d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar

  • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC

e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status.

6. S: Saya telah berjaya daftar MyBKC, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBKC. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:

a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian

  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.

b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

7. S: Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 Jam”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

J: Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC. Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Sambungan Soalan Lazim Status Permohonan BKC

B. Status BKC

8. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status kredit DALAM PROSES PENGKREDITAN?

J: DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada pembayaran BKC dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

9. S: Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan pada Status Kredit adalah Gagal Kredit. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Bayaran BKC berkenaan?

J: Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad.

10. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status kredit PEMBAYARAN SECARA TUNAI?

J: PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 6 September 2021

11. S: Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status dan paparan “Semakan mendapati No. MyKad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKC 2021”. Apakah yang dimaksudkan dengan paparan berkenaan?

J: Anda tidak tersenarai sebagai penerima BKC.

12. S: Semakan status permohonan BKC saya adalah dalam kategori M40. Pendapatan terkini saya adalah dalam kategori B40. Adakah saya boleh membuat tambahan amaun BKC?

J: Penentuan kategori penerima BKC adalah muktamad berdasarkan semakan permohonan BPR 2021 dan juga data percukaian yang telah dilaporkan.

13. Betul ke boleh membuat kemaskini MyBKC?

Ya betul,tetapi hanya maklumat waris sahaja yang boleh dikemaskini setakat ini.Bagaimanakah cara kemaskini maklumat waris jika ada masalah untuk penunaian BKC di BSN?

14. Betul ke boleh buat permohonan baru MyBKC jika nama tidak layak?

Setakat ini tiada maklumana daripada pihak LHDNM tentang permohonan baharu BKC

15. Betul ke boleh buat rayuan permohonan BKC jika tidak layak?

Setakat ini tiada maklumana daripada pihak LHDNM tentang rayuan permohonan BKC

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu. (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu).

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan bayaran BKC fasa 2 ini, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bayaran BKC fasa 2 bantuan BKC ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Pastikan berhati-hati dengan scammer yang semakin bijak menipu semasa wabak dan krisis Coronavirus COVID-19 ini.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC fasa 2 BKC BKC fasa 2

Leave a Comment