Pakej Peranti Keluarga Malaysia:Cara Mohon Pekej Keluarga & Remaja

Pakej Peranti Keluarga Malaysia:Cara Mohon Pekej Keluarga & Remaja

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

PENDAFTARAN PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA 2021 BERMULA 15 OKTOBER 2021

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan bantuan akses internet terbaharu kepada pelajar dan remaja serta mereka daripada golongan berpendapatan rendah melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, bantuan akses internet ini diberikan bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka berpendapatan rendah.

Pemberian bantuan ini diharap mampu meringankan beban golongan ini khususnya mereka yang menggunakan internet untuk pelbagai urusan seperti aktiviti pembelajaran, e-dagang dan juga hiburan.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendaftar, pendaftaran bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini akan dibuka 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 iaitu selama 6 bulan.

Baca Juga: Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll

Pakej Peranti Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej berbayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Menerusi pakej ini, remaja dan pelajar akan menikmati pakej internet hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (bagi jumlah 90GB).

Bagi data 20GB tersebut, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video atau permainan dalam talian atau aktiviti berbentuk hiburan.

Bagi data produktiviti, ia boleh digunakan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

Pakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.

  • Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
  • Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
  • Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
  • Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
  • Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad

Artikel Lain: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Satu lagi pakej yang ditawarkan adalah Pakej Peranti Keluarga Malaysia, iaitu pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.

Peranti Keluarga Malaysia pula ialah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan menerusi kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini juga, pengguna akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

  • Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
  • Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
  • Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Baca Juga: Cara Claim Insurans Kereta:Cara Membuat Tuntutan Serta Prosedur

Tarikh Pendaftaran

Tempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021- 15 April 2022 selama enam (6) bulan.

Baca Juga: Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL

Syarat Kelayakan Permohonan

Setiap warganegara Malaysia layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Artikel Lain: Cara Kemaskini No Telefon Maybank:Online & Offline

Kontrak Perkhidmatan

Sekiranya anda melanggan pakej ini, anda terikat kepada kontrak selama12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Pelanggan mesti melengkapkan keseluruhan tempoh kontrak selama 12 hingga 24 bulan bagi mengelakkan denda dikenakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing.

Jika kontrak tersebut ditamatkan lebih awal, pihak penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj denda bagi penamatan tersebut.

Anda disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu sekiranya ketersediaan rangkaian liputan boleh diterima di kawasan anda melalui laman sesawang https://jendela.my/map/.

Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

Baca Juga: Semak Insurans Kenderaan Online:Semakan Status Insurans NCD Nilai Semasa Kenderaan DLL Melalui I-Search

Syarikat Komunikasi Terlibat

Terdapat 6 syarikat telekomunikasi yang akan terlibat dalam langganan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini iaitu:

  • Maxis
  • Digi
  • Celcom
  • TM
  • UMobile
  • Yes

Baca Juga: Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Cara Pendaftaran & Penyedia Perkhidmatan Yang Terlibat

Untuk mendaftar, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini.

Bagi pengguna yang layak, mereka boleh melanggan kedua-dua pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad manakala pendaftaran pelajar melebihi 21 tahun adalah menggunakan kad pelajar.

Pihak penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini adalah

Celcom Axiata Berhad (Celcom)

https://www.celcom.com.my/personal/devices/pakej-peranti-keluarga-malaysia

https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/pakej-remaja-keluarga-malaysia

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)

https://www.digi.com.my/postpaid/pakej-peranti-keluarga-malaysia

Maxis Berhad (Maxis)

https://www.hotlink.com.my/ms/campaigns/pakej-keluarga-malaysia/

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)

https://portal.u.com.my/extras/promotions/rm0-phones

Telekom Malaysia Berhad (TM)

https://unifi.com.my/sites/default/files/page/assets/images/personal/mobile/postpaid/device-bundles/TC-PAKEJ-PERANTI-KELUARGA-MALAYSIA.pdf

https://unifi.com.my/sites/default/files/page/assets/images/personal/mobile/postpaid/device-bundles/FAQ-Pakej-peranti-Keluarga-Malaysia-ver4a_7Oct2021.pdf

YTL Communications Sdn Bhd (YES)

https://www.yes.my/

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Sila klik link di atas untuk maklumat yang lebih terperinci.

Baca Juga: eStart Kredit Belia RM150 (Cara Tebus & Claim e-Skim Transaksi Tanpa Tunai)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan pekej peranti keluarga Malaysia, anda boleh melayari info di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM melalui saluran berikut:

https://www.mcmc.gov.my/

Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)

03-8688 8000

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian Pakej Peranti Keluarga Malaysia ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment