Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas
KADAR TAMBAHAN BAYARAN BKM 2022
Tak lama lagi, pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan bagi penerima yang layak.
Tahukah anda, bagi penerima yang lulus, terdapat bayaran tambahan BKM yang telah diperuntukkan.
Bayaran Tambahan BKM ini dikhaskan bagi penerima kategori Isi Rumah dan juga Warga Emas, serta tertakluk kepada pendapatan semasa.
Berikut dikongsikan lebih lanjut BKM Tambahan untuk makluman bersama.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Duit BKM Bila Masuk Akaun: Bayaran Bermula Mac
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar yang diumumkan melalui Bajet 2022.
Bantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Penyaluran bantuan tunai ini diperuntukkan bagi penerima warga Malaysia dari kategori isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Ketahui Juga: Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia
Kadar Bayaran BKM
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:
Baca Juga: Tarikh Duit BKM Masuk Akaun: Bayaran Bermula Mac
Kadar Tambahan BKM
Kadar tambahan BKM hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 BKM kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan BKM RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
- Kategori Bantuan Pendapatan Bilangan Anak Kelayakan Asas Kelayakan Selepas Kadar Tambahan
*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
Baca Juga: Semakan Status BKM & Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)
Bilakah Akan Dapat BKM Tambahan?
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Ketahui Juga: TERKINI:Tarikh Dan Cara Kemaskini BKM Bantuan Keluarga Malaysia
Siapakah Yang Layak Sebagai Penerima BKM?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Tempoh Permohonan / Kemaskini Maklumat BKM
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Jika anda penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:
- Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
- Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
- Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
- Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
- Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
- Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM
Kaedah Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia
Pembayaran BKM dan BKM Tambahan adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
Ada akaun bank dan berjaya kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Tiada akaun bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:
1.Bilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka?
Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
2.Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022?
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
3.Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
4.Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?
Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.
5.Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?
Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.
6.Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka adakah saya layak BKM 2022?
Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
7.Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?
Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.
8.Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?
BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.
9.Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?
Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.
10.Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?
Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.
11.Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?
Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.
12.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?
RM350
13.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?
- RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
- RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas
Maklumat Lanjut BKM Tambahan
Untuk maklumat lanjut tentang BKM Tambahan & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima boleh hubungi :
Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/
Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BKM Tambahan ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan BKM Tambahan