Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Permohonan Rayuan BKM adalah antara yang ditunggu oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang telah memohon bantuan BKM ini tetapi permohonan mereka tidak lulus.

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan ini adalah bantuan tunai ini ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Seperti yang dimaklumkan, tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Bagi pembayaran BKM akan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh pengemaskinian/permohonan.

Tetapi bagaimana sekiranya permohonan anda tidak lulus? Semestinya anda ingin akan membuat permohonan rayuan. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara Permohonan Rayuan BKM, semoga membantu.

Baca Juga: Tarikh Duit BKM Masuk Akaun: Bayaran Bermula Mac

Tujuan Permohonan Rayuan BKM Dibuka

Tujuan Permohonan Rayuan BKM Dibuka adalah bagi mereka yang berstatus tidak lulus BKM ataupun mereka yang berstatus lulus BKM akan tetapi ingin membuat rayuan pertambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan bulanan.

Artikel Lain: Semakan Status BKM & Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)

Tarikh Permohonan Rayuan BKM 2022 Dibuka

*Tarikh permohonan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia BKM dibuka akan dikemaskini setelah kami di keptennews mendapat maklumat sahih daripada pihak kerajaan.

Baca Juga: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia & Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)

Tempoh Permohonan Rayuan BKM

*Permohonan rayuan ini akan dikemaskini kemudian setelah pengumuman rasmi permohonan rayuan BKM dibuat oleh pihak kerajaan.

Ibu bapa & Murid Perlu tahu: Jadual Tarikh Peperiksaan SPM STPM STAM & UPBA 2021

Cara Semakan Status BKM

Sebelum membuat Permohonan Rayuan BKM, anda perlu tahu adakah permohonan status BKM anda sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:

  • Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
  • Masukkan no kad pengenalan anda
  • Masukkan kod catcha yang tertera
  • Tekan semak
  • Status BKM anda akan terpapar

Rujuk Disini: Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  • Melalui atas talian pada laman web http://bkm.hasil.gov.my/ login ke dalam sistem BKM dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik Permohonan Rayuan.
  • Dengan menghantar borang rayuan di mana mana cawangan LHDNM.

*NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

Semak Juga: Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024 ePrasekolah

Soalan Lazim Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

1.Siapakah yang layak membuat permohonan rayuan?

Mereka yang mempunyai status tidak lulus ataupun mereka yang menukar butiran seperti bilangan anak dan taraf perkahwinan.

2.Bolehkah permohonan rayuan dilakukan secara online?

Ya. Login ke dalam sistem BKM.

 3.Bilakah tarikh tutup permohonan rayuan BKM ini?

*Akan dikemaskini

3.Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan rayuan BKM?

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

i. Pemohon:

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau

c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:

a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

a. Anak Kandung

– Salinan MyKad / MyKid; dan

– Salinan Sijil Lahir

b. Anak Angkat

– Salinan MyKad / MyKid; dan

– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

4.Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.

5.Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.

6.Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka adakah saya layak BKM 2022?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

7.Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?

Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.

8.Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?

BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.

9.Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?

Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.

10.Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?

Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.

11.Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?

Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

12.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?

RM350

13.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?

  • RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
  • RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas

Rujuk jadual di bawah:

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

*NOTA: Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

14.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin?

Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 – RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.

Sila rujuk jadual di bawah:

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

NOTA: Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan semakan Permohonan Rayuan BKM ini anda boleh layari https://bkm.hasil.gov.my. Sekiranya masih menghadapi masalah Permohonan Rayuan BKM, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

ATAU rujuk: soalan lazim (FAQ) Permohonan Rayuan BKM .

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan Rayuan BKM ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment