Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM:einfo SSM

Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM:einfo SSM

Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM. Pernahkah anda mendapatkan maklumat sesebuah syarikat dengan einfo SSM?

Mengikut undang-undang di Malaysia, sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan diwajibkan mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau singkatannya SSM.

Mengikut undang-undang di Malaysia, sekiranya perniagaan anda tidak didaftarkan ianya adalah satu kesalahan dan Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Adakah Anda tahu apa itu ​Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau yang dikenali sebagai SSM? Ramai korang yang tidak tahu aktiviti utama SSM di Malaysia dan apa guna dari SSM ini.

Sebelum Anda membeli barang atau produk, hal pertama yang mesti Anda ketahui iaitu adakah perniagaan tersebut berdaftar secara rasmi di SSM dan adakah nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat yang dipaparkan itu betul?

Atau sekiranya Anda memiliki perniagaan yang sudah berdaftar, Anda boleh cuba untuk pastikan bahawa perniagaan Anda sudah betul berdaftar di SSM.

Tidak mendaftarkan perniagaan Anda adalah satu kesalahan dan Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Baca Juga: Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online

Apa Itu SSM

​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertugas mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM merupakan badan berkanun yang terbentu​k hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Tugas utama SSM iaitu sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

SSM juga bertugas sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara Malaysia.

Baca Juga: Cara Daftar Boost eWallet, Kelebihannya & Promosi Terkini

Fungsi dan Peranan SSM

Secara ringkasnya, ​SSM merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

SSM mula beroperasi pada 16 April 2002 dan antara peranan utamany adalah mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Selain itu, SSM juga turut berfungsi membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Dengan portal einfo SSM, segala proses pencarian maklumat sesebuah perniagaan ini menjadi lebih mudah dan pantas.

Artikel Lain: Cara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi Terkini

Apa Itu einfo SSM?

Laman einfo memudahkan proses Semak Syarikat Berdaftar SSM pencarian dan pembelian maklumat sesebuah syarikat dan perniagaan di Malaysia terus dari pihak SSM.

Sudah tentulah maklumat Semak Syarikat Berdaftar SSM yang diperolehi dipercayai dan paling terkini.

Antara dokumen yang boleh dibeli melalui laman einfo Semak Syarikat Berdaftar SSM ini adalah:

  1. Profil syarikat
  2. Profil bisnes
  3. Butiran pemegang saham
  4. Sijil pendaftaran syarikat
  5. Butiran alamat perniagaan
  6. Butiran modal saham
  7. Butiran pemilikan saham
  8. dan banyak lagi…

Ketahui Juga: Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia

Cara Semak Cari Maklumat Syarikat Melalui SSM

Sekiranya anda mahu mencari maklumat sesebuah syarikat atau perniagaan Semak Syarikat Berdaftar SSM, anda boleh berbuat demikian di laman einfo SSM dengan mengikuti langkah-langkah Semak Syarikat Berdaftar SSM yang berikut:

  • Layari laman einfo SSM di alamat https://www.ssm-einfo.my/index.php
  • Klik pada butang “Register” sekiranya anda pertama kali menggunakan kemudahan ini. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Login”
  • Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang dikehendaki
  • Klik butang “Submit”
  • Setelah proses pendaftaran selesai, anda boleh terus log masuk menggunakan Username dan Password yang didaftarkan
  • Kini, anda boleh terus memulakan pencarian mengenai sesebuah syarikat.

Nota: Sekiranya maklumat Semak Syarikat Berdaftar SSM yang anda cari tidak dijumpai, syarikat tersebut mungkin belum didaftarkan atau menggunakan nama syarikat/perniagaan lain untuk pendaftaran dengan pihak SSM. Semak Syarikat Berdaftar SSM

Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM

Semak nama syarikat yang berdaftar SSM mudah sahaja, langkah-langkah yang perlu Anda buat iaitu:

  • Buka laman https://www.ssm-einfo.my
  • Untuk menggunakan perkhidmatan SSM, Anda perlu memiliki account yang berdaftar. Sila Register sekiranya Anda belum memiliki account (Percuma).
  • Isi borang dengan maklumat yang betul. Tekan Submit.Cara Daftar SSM
  • Sila login menggunakan username dan password Anda.
  • Selepas itu, pilih kotak carian/search lalu masukkan nama syarikat yang berdaftar SSM yang Anda cari.
  • Sekiranya ada maklumat nama syarikat yang Anda cari, ia bermakna syarikat tersebut sudah berdaftar di SSM. Tetapi sekiranya tidak ada, maka syarikat tersebut belum berdaftar.
  • Kami syorkan untuk tidak membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai XYZ Corporate, nama akaun bank juga mesti bernama XYZ Corporate.

Soalan Lazim

Macam mana kalau saya sudah membuat bayaran kepada syarikat yang sudah berdaftar di SSM tersebut apa boleh saya buat?

Anda boleh buat laporan polis bersama-sama dengan maklumat syarikat tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarikat tersebut, Anda perlu beli akaun SSM Business Profile seharga RM13

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan cara semak syarikat bertaftar melalui SSM ini anda boleh layari https://www.ssm-einfo.my atu hubungi

Hotline: 1300-30-4636

Email: callcenter@ssm-info.my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Semak Syarikat Berdaftar SSM ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment