Cara Kira GCR : Format Terkini Kira Gantian Cuti Rehat

Cara Kira GCR : Format Terkini Kira Gantian Cuti Rehat

CARA KIRA GCR 2022 (Formula & Tebus Gantian Cuti Rehat)

Setelah perbentangan belanjawan 2022 yang lalu, terdapat beberapa insentif diberikan kepada penjawat awam antaranya adalah kerajaan membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sehingga 50% atau 80 hari dibawah insentif 2, Kebajikan Penjawat Awam.

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat bagi tujuan award wang tunai (GCR) penjawat awam daripada 160 hari ke 180 hari.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan kadar maksimum cuti rehat itu dapat memberi ruang penjawat awam meningkatkan wang persaraan mereka.

Sebelum itu, Kerajaan telah melaksanakan kemudahan untuk membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus atau 80 hari mulai tahun 2022 ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) terkini yang telah diumumkan melalui pindaan Warta Kerajaan 2022.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Cara Kira Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam

Info Terkini Gantian Cuti Rehat

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat bagi tujuan award wang tunai (GCR) penjawat awam daripada 160 hari ke 180 hari.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan kadar maksimum cuti rehat itu dapat memberi ruang penjawat awam meningkatkan wang persaraan mereka.

Untuk itu, disini kami kongsikan cara pengiraan GCR yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Artikel Lain: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Pindaan Terkini Gantian Cuti Rehat & Cara Kira GCR

Warta Kerajaan berkaitan Pindaan Peraturan Pencen 2022 telah pun dikeluarkan oleh JPA. Ringkasan seperti berikut:

• Jumlah GCR yang boleh ditebus dengan wang tunai dipinda daripada 150 hari kepada 160 hari.

• Penebusan GCR dibenarkan kepada Penjawat Awam yang telah mengumpul GCR sekurang²nya 80 hari.

• Telah berumur 45 tahun semasa permohonan penebusan dibuat.

• Telah berkhidmat dengan Kerajaan yang boleh diambilkira skim pencen adalah selama 15 tahun.

• Penebusan GCR separuh (80 hari) adalah secara one-off.

• Pengiraan = 1/30 x Gaji Pokok + elaun yang diboleh ambilkira x 80 hari.

Ketahui Juga: Kerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Lepasan SPM

Apa Itu GCR

GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat mereka. Jumlah cuti yang tidak digunakan boleh dikumpulkan dan ditebus. Melalui pendekatan ini, kerajaan telah berusaha sedaya upaya bagi menjaga kebajikan penjawat awam di Malaysia.

Cara Kira GCR

Melalui Belanjawan 2022, Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 80 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dianggarkan seperti di bawah:

Gaji Akhir + Imbuhan= 5000

Jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan= 80 Hari

Formula:

1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebihi 75 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap

Oleh itu,

1/30 x 80 hari x RM5000 = RM13,333.33

Melalui formula yang diberikan, jumlah wang melalui GCR yang bakal anda dapati ialah RM13,333.33. Namun formula ini adalah formula rujukan pada tahun 2020.

Pemberian Awal Ganjaran Wang Tunai Gantian Cuti Rehat GCR

Untuk makluman, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;

(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun;

(c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;

(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan

(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari. Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan pegawai.

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR. Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

Kelayakan GCR

Pembayaran Ganjaran Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.

Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal https://www.jpa.gov.my/component/tags/tag/elaun

Soalan Lazim & FAQ Cara Kira GCR

Apa itu GCR?

Ia adalah golden shake / ganjaran wang tunai yang diberikan kepada kalangan penjawat awam yang tidak masih ada baki cuti rehat yang tidak digunakan. Ia boleh ditukarkan kepada duit tunai.

Permohonan cuti rehat 3 hari sebelum pergi bercuti

Ya benar. Antara 3 – 5 hari sebelum anda bercuti mengikut jabatan masing-masing

Jika anda dapat tebus kepada gcr ini, jumlah penjawat awam yang bakal anda dapat agak LUMAYAN.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara kira GCR, atau perkara lain berkaitan cara kira GCR ini anda boleh layari http://www.jpapencen.gov.my/gcr.html

Untuk maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara kira GCR penjawat awam atau kakitangan kerajaan ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

cara kira GCR cara kira GCR cara kira GCR cara kira GCR cara kira GCR cara kira GCR cara kira GCR cara kira GCR

Leave a Comment