Cara Mohon STR 2024: Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Cara Mohon STR Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Sumbangan Tunai Rahmah masih diteruskan untuk tahun 2024. Itu antara intipati ucapan pembentangan bajet oleh PM di Persidangan Parlimen pada hari ini.
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.
Ia belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Pembentangan belanjawan menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan.
Selain itu, belanjawan mengandungi perancangan dan komitmen kerajaan bagi hala tuju negara pada tahun depan, sudah tentunya mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kesejahteraan rakyat keseluruhan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Cara Mohon STR 2024 lengkap untuk panduan anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Bajet 2024
Belanjawan 2024 itu juga menyaksikan penyepaduan dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan, 16 Oktober, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.
Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November.
Cara Membuat Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
3. Maklumat Permohonan
A. Maklumat Pemohon
Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang SEMAK.
• Maklumat Nama, Jantina dan Umur akan dipaparkan secara automatic berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
• Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
• Sekiranya permohonan pemohon telah wujud pada pangkalan data STR 2024, paparan berikut akan dipaparkan:
(b) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
(f) Isikan pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
• Kahwin
• Cerai
• Kematian Pasangan
• Bujang
(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan,
• Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
• Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
• Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
(h) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
• Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatic berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
(i) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(j) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank
(k) Masukkan Nombor Akaun Bank
(l) Isikan Alamat e-mel
Permohonan Baru STR 2024 Kategori Isi Rumah
B. Maklumat Pasangan
Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
• No. MyKad / MyPR / MyKAS
• Sijil Lahir
• No. Pasport
(b) Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
• Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
• Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan paparan berikut akan dipaparkan:
• Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
• Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain, permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank
(f) Masukkan Nombor Akaun Bank
C. Maklumat Anak
i. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
ii. Pemakluman mengenai Maklumat Anak
iii. Tindakan seterusnya seperti berikut:
(a) Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
• Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
• Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
(b) Pilih Status Anak
• Anak Kandung
• Anak Angkat
(c) Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.
D. Maklumat Waris
(a) Pilih Maklumat Waris
• Anak Kandung
• Anak Angkat
(b) Pilih Hubungan
• Pasangan
• Ibu/bapa
• Anak
• Adik beradik
• Cucu
(g) Pilih Jenis Pengenalan Waris
• No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
• Sijil Lahir
• No. Passport
(c) Masukkan Nombor Pengenalan waris.
(d) Nama waris
• Jika nombor pengenalan waris wujud pada data JPN, maklumat Nama waris akan dipaparkan secara automatik
• Jika tidak wujud atau jenis pengenalan waris adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan Nama perlu diisi.
(e) Isikan No Telefon Waris.
4. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut
7. Hantar
(a) Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
(b) Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
i. Klik butang Ya jika ingin membuat pendaftaran ID MyBSH. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020.
ii. Klik butang Kemudian jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MyBSH.
iii. Klik butang Cetak jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Mohon STR 2024 atau perkara lain berkaitan Cara Mohon STR 2024 anda boleh hubungi:
Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA.
Telefon: 03-8000 8000
Fax: 03-88823893 / 03-88823894
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Mohon STR 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com