Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Sumbangan Tunai Rahmah masih diteruskan untuk tahun 2024. Itu antara intipati ucapan pembentangan bajet oleh PM di Persidangan Parlimen pada hari ini.

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Pembentangan belanjawan menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan.

Selain itu, belanjawan mengandungi perancangan dan komitmen kerajaan bagi hala tuju negara pada tahun depan, sudah tentunya mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 yang telah dibentangkan PM.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Belanjawan 2024

Belanjawan 2024 itu juga menyaksikan penyepaduan dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan, 16 Oktober, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November.

Intipati Bajet Tentang Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Tahun Hadapan:

• Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

• Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

• Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 .

• Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.

• Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan.

• Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

• Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Cara Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024

1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/

2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.

3. Maklumat Permohonan

A. Maklumat Pemohon

Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang SEMAK.

• Maklumat Nama, Jantina dan Umur akan dipaparkan secara automatic berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

• Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.

• Sekiranya permohonan pemohon telah wujud pada pangkalan data STR 2024, paparan berikut akan dipaparkan:

(b) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon

(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon

(d) Isikan pilihan Pekerjaan

(e) Isikan pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)

(f) Isikan pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-

• Kahwin

• Cerai

• Kematian Pasangan

• Bujang

(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan,

• Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan

• Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian

• Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan

(h) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.

• Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatic berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.

(i) Isikan Nombor Poskod Pemohon.

(j) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank

(k) Masukkan Nombor Akaun Bank

(l) Isikan Alamat e-mel

Bajet 2024 Sumbangan Tunai Rahmah

Belanjawan MADANI Kedua memperuntukkan RM393.8 bilion iaitu Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan. Daripada jumlah tersebut, MR303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak RM62.2 bilion daripada PNK – Laporan

Peruntukan untuk Kementerian Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan secara kolektif merangkumi 42.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan Belanjawan 2024 – Laporan

Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 17.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM52.8 bilion – Laporan Kerajaan Perpaduan memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024.

Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan. Di SINI

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau perkara lain berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 anda boleh hubungi:

Kementerian Kewangan

No. 5 Persiaran Perdana,

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62592 WP PUTRAJAYA.

Telefon: 03-8000 8000

Fax: 03-88823893 / 03-88823894

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment