Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my

Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my

Cara Mohon Bantuan OKU

Cara mohon bantuan OKU mesti diketahui oleh individu kurang upaya ataupun penjaga orang kurang upaya supaya mereka tidak terlepas daripada mendapat bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Jika anda salah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun penjaga kepada individu OKU, berikut kami senaraikan beberapa bantuan OKU yang ada di Malaysia dan Cara mohon bantuan OKU tersebut.

 Kami akan kongsikan sekali cara mohon bantuan OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca Juga: TemuJanji Online Klinik Kesihatan:Cara Tempah Temu Janji Online KKM

Persediaan / Pra-Syarat Sebelum Mengetahui Cara Mohon Bantuan OKU

Bagi mana-mana individu yang ingin memohon bantuan ini, kami nasihatkan agar mendaftar dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pengesahan status dan mendapatkan kad OKU.

Setelah mendapat kad OKU barulah anda layak memohon apa saja bantuan untuk OKU yang disediakan oleh kerajaan.

Ikuti langkah seterusnya untuk mengetahui Cara mohon bantuan JKM di Malaysia.

Cara Mohon Bantuan OKU

baca juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen  2020

Kemudahan & Keistimewaan OKU

Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan & keistimewaan untuk OKU rujuk gambar dibawah:

Cara Mohon Bantuan OKU

Senarai Bantuan OKU

Menurut pembacaan, ada 5 bantuan OKU yang tersenarai di laman web rasmi JKM:

  1. Elaun Pekerja Cacat
  2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  3. Bantuan Penjagaan OKU terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
  4. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
  5. Geran Pelancaran (GP)
Cara Mohon Bantuan OKU

Baca Juga:Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’

Cara Mohon Bantuan OKU

Sekiranya tersenarai dalam kategori seperti di atas, boleh rujuk panduan Cara mohon bantuan seperti di bawah:

Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021

Pertama cara mohon bantuan secara manual

  1. Layari laman web http://www.jkm.gov.my/.
  2. Klik Perkhidmatan.
  3. Klik Skim Bantuan Kebajikan.
  4. Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.
  5. Tekan link (Klik disini untuk muat turun).
  6. Berikut merupakan link untuk mendapatkan borang permohonan bantuan JKM

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM

Cara Mohon Bantuan OKU

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

  1. Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuaan pemohon
    • Bawa senarai semak bersama borang permohonan
  2. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
  3. Tekan link ini bawah bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda

Pejabat JKM Mengikut Negeri Dan Daerah

Itu adalah secara terperinci cara mohon bantuan OKU secara manual. Seterusnya..

Cara Online/Atas Talian

Kedua cara mohon bantuan melalui online

JKM Online:

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
  4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.
  5. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
  6. Antara dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
    1. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
    1. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    1. Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    1. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
    1. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
  7. Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.
  8. Pilih Negeri.
  9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
  10. Klik Daftar.
  11. Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuaan pemohon
    • Bawa senarai semak bersama borang permohonan
  12. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
  13. Tekan link di bawah bagi mendapatkan carian Pejabat Kebajikan yang berdekatan dengan anda:

Pejabat JKM Mengikut Negeri Dan Daerah

Itu adalah secara terperinci cara mohon bantuan OKU secara online/atas talian.

Terima kasih. Semoga perkongsian berkenaan cara mohon bantuan OKU ini akan memudahkan lagi urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang BerIlmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment