Geran Agropreneur Muda :Cara Mohon, Jenis Bantuan & Syarat

Geran Agropreneur Muda : Jenis Bantuan, Syarat & Cara Memohon 

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropreneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.

Program Agropreneur Muda ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti berikut :

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Asas Tani
  • Pemasaran
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  • Agropelancongan

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Program Geran Agropreneur Muda (GAM) secara lebih lanjut.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Pengenalan Program Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Objektif Program Agropreneur Muda      

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

Skop Program         

Program Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut:

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Makanan Dan Asas Tani
  • Agroteknologi

Kumpulan Sasar

Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda.

Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan disyor untuk memohon skim pembiayaan Program Agropreneur Muda.

Tarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda

Untuk makluman, tarikh permohonan Geran Agropreneur Muda dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini. Semua golongan muda digalakkan memohon bantuan ini.

Syarat-Syarat Kelayakan Geran Agropreneur Muda

Pemohon Geran Agropreneur Muda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan /Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA.
  • Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
  • Keutamaan kepada golonga muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

Syarat Permohonan Pembiayaan Geran Agropreneur Muda

Syarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut :

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
  • Mendapat sokongan teknikla daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.

Jenis Bantuan

Jenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Khidmat nasihat teknikal dan latihan
  • Geran berbentuk barangan
  • Pakej khas pembiayaan bagi perkembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut :
  • TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – sehingga RM 500,000 bagi setiap projek

Cara Permohonan Geran Agropreneur Muda

Individu yang berkelayakan boleh lakukan permohonan di Pejabat jabatan / Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang UAM 01/14 (pin. 02/18)
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut Harga
  • Salinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).
  • Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan / Agensi MOA.

Geran Agropreneur Muda

Nota : Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

Muat Turun Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda

Anda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah :

Peringkat Rancangan Perniagaan

Peringkat Pembekalan

Peringkat Pembayaran

Peringkat Pemantauan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan serta maklumat lanjut mengenai Program Geran Agropreneur Muda (GAM), sila rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Program Geran Agropreneur Muda (GAM) ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment