i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah

i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah

i-MILIKI : PEMBERIAN INSENTIF PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMBELIAN RUMAH

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem i-Miliki bagi pembelian rumah pertama menerusi sebuah inisiatif yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif i-Miliki ini untuk makluman bersama.

Baca Juga: i-Prihatin LPPSA:Cara Permohonan & Manfaat i-Prihatin LPPSA

Apakah i-MILIKI?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan inisiatif i-MILIKI dalam jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 pada 15 Julai 2022.

i-Miliki melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem i-Miliki ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga rumah.

Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100%.

Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.

Artikel Lain: Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS

Tempoh Pengecualian Duti Setem i-MILIKI

Pengecualian i-Miliki ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

Baca di sini: SPRN TEDUH:Cara Daftar SPRN TEDUH (Permohonan Rumah Mampu Milik)

Contoh Kiraan Pengecualian Duti Setem i-MILIKI

Contoh kiraan bagi pengecualian ini adalah seperti berikut:

Harga rumah : RM 300,000

Legal fees SPA : RM3,000

Stamp duty SPA : RM5,000 (free)

Loan agreement fees : RM,3000

Stamp duty loan : RM1,500 (free)

Harga rumah: Rm 600,000

Legal fees spa : RM 5,800

Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)

Loan agreement fees : RM 5,800

Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)

*Nota: Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.

Baca Juga: Cara Tukar File Gambar Ke Word (Teks)

Lain-lain Inisiatif HOPE

Dalam Perasmian Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022, PM DS Ismail Sabri dalam masa sama menyatakan, jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.

Program pemilikan kediaman (HOPE) bantu promosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat, melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik

Satu pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negara

PM umum pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif i-MILIKI mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023

Program Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu, komponen yang dapat tingkatkan daya huninya – PM

“Saya bersetuju dengan pendekatan Karnival Jom Beli Rumah ini yang akan diadakan di seluruh negara dengan membawa mesej dan inisiatif-inisiatif Kerajaan termasuklah Kerajaan Negeri khususnya dalam soal perumahan.”

“Saya juga sedar kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi namun kita perlu terus membantu rakyat dengan memperkasa agenda pemilikan kediaman melalui lebih inisiatif tersusun yang dirangka oleh KPKT,” katanya lagi.

Insentif Pengecualian Cukai Duti Setem

Sementara itu, insentif pengecualian CUKAI duti setem i-Miliki bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu sehingga 31 Disember 2025.

Kenyataan Media Program i-Miliki

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenal inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil sebagai satu usaha mendokong Program Pemilikan Kediaman (HOPE) selaras dengan gagasan ‘Satu Keluarga Satu Rumah’.

Katanya, ini kerana HOPE bukan sahaja membantu mempromosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat, tetapi bagi melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.

“Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus. Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya ketika berucap merasmikan HOPE dan Karnival Jom Beli Rumah di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pemberian pengecualian itu juga adalah antara usaha yang dilakukan kerajaan dalam memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, insentif berkenaan yang mula diperkenal sejak Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dimulakan pada 2019 hingga 2021, masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.

“Meskipun pengecualian duti setem ini akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun saya ingin menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah komitmen kita kepada Keluarga Malaysia dan kerajaan harus memperkukuhkannya.

“Untuk rekod, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa tuntutan pengecualian duti setem di bawah HOC adalah sebanyak RM957.8 juta. Malah, tuntutan pengecualian duti setem paling tinggi adalah bagi harga rumah RM500,000 dan ke bawah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, HOPE merupakan satu keazaman kementerian dalam mengangkat agenda memperjuang pemilikan rumah terutama rumah mampu milik buat rakyat di negara ini.

Katanya, ini kerana HOPE menjadi jendela baharu dalam memudah cara terutama kepada kumpulan sasaran golongan B40, M40 serta anak muda.

“Suka untuk saya berkongsi bahawa 368,000 unit rumah diletakkan sebagai komitmen dari pelbagai pihak dengan sebahagiannya sedang dibina dan selebihnya dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Insya-Allah kementerian juga komited untuk meningkatkan bekalan Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 500,000 unit rumah menjelang tahun 2025,” jelasnya.

Beliau menambah, kementeriannya juga sedang membangunkan pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik bagi setiap lokaliti di seluruh negara.

Katanya, ia sebagai panduan kepada pemaju, bakal pembeli serta pihak berkuasa tempatan dalam penentuan harga rumah mampu milik yang sewajarnya di sesuatu kawasan atau lokaliti.

Karnival Jom Beli Rumah yang bermula hari ini tidak akan terhenti di ibu negara sahaja, malah bakal menemui segenap lapisan Keluarga Malaysia di Utara, Pantai Timur, Selatan membawa sehingga ke Wilayah Sabah dan Sarawak.

Siri Jelajah Karnival Jom Beli Rumah itu juga bakal membawa bersama stok lebih 130,000 rumah mampu milik dari seluruh negara.

Karnival itu juga turut membawa tawaran istimewa termasuklah sekurang-kurangnya 10 peratus diskaun tambahan, pengurangan atau bayaran guaman percuma, kemudahan bayaran 10 peratus deposit secara ansuran serta banyak lagi insentif menarik oleh para pemaju.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut bekaitan i-Miliki atau pertanyaan lain berkaitan i-Miliki anda boleh layari https://www.kpkt.gov.my/ atau hubungi:

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

NO. 51, PERSIARAN PERDANA,

PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA.

TEL         :               603-8000 8000

FAX        :               603-8891 3182

E-Mel    :               pro[at]kpkt[dot]gov[dot]my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah i-Miliki ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment