i-Prihatin LPPSA:Cara Permohonan & Manfaat i-Prihatin LPPSA
Kepada pelanggan LPPSA, adakah anda pernah terdengar mengenai LPPSA i-Prihatin? Apakah manfaat dan kebaikan yang boleh didapati dalam Program LPPSA i-Prihatin ini? Bagi pelanggan LPPSA, anda perlu mengetahui manfaat yang dapat diterima melalui program ini. Mungkin dapat membantu kita pada masa depan.
Untuk itu, izinkan kami untuk berkongsi maklumat mengenai LPPSA i-Prihatin.
Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan
Apa Itu LPPSA i-Prihatin
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang masih mempunyai akaun berstatus aktif.
Ia adalah program kerjasama antara LPPSA dan panel Insurans / Takaful Am LPPSA berkenaan memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans / Takaful Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful yang telah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.
Melalui Program LPPSA i-Prihatin, pelanggan layak untuk memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun dan menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000.
Anda juga terlebih dahulu dinasihatkan untuk check baki pinjaman LPPSA pinjaman perumahan kerajaan LPPSA melalui online atau aplikasi MyFinancing LPPSA.
Baca Juga: Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS
Cara Permohonan Perlindungan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok GPA
Bagi mendapatkan manfaat daripada program LPPSA i-Prihatin, pelanggan perlu membuat pendaftaran di portal LPPSA. Berikut adalah cara permohonan LPPSA i-Prihatin :
- Layari laman web rasmi LPPSA.
- Untuk memudahkan anda klik pada pautan yang kami sediakan Portal GPA LPPSA i-Prihatin.
- Pada laman tertera, masukan nombor Kad Pengenalan dituruti dengan Tarikh Sah Jawatan.
- Tekan pada butang Submit.
Baca Juga: Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0:Borang Permohonan Online Terkini Semua Bank
Semakan Senarai Manfaat GPA i-Prihatin LPPSA
Berikut adalah manfaat perlindungan yang ditawarkan melalui Program LPPSA i-Prihatin :
- Kematian / Keilatan Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan
- Keilatan Separuh dan Kekal Akibat Kemalangan
- Jumlah Perlindungan Tambahan untuk Kematian / Keilatan Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan semasa :
- Melancong Di luar Negara
- Di dalam Pengankutan Awam
- Perbelanjaan Pengebumian Akibat Kemalangan
- Perbelanjaan Penghantaran Pulang Jenazah Akibat Kemalangan
- Badal Haji
- Perbelanjaan Pemulihan
- Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan
- Bayaran Ambulans
- Elaun Kecederaan Akibat Diragut
- Elaun Penyembuhan Denggi
- Perlindungan akibat Rompakan ATM
- Pendapatan Harian Hospital Akibat Kemalangan (Maksimum 100 hari setahun)
Baca Juga: Login eOperasi Kemaskini Maklumat: Melalui eoperasi.moe.gov.my
Manfaat Perlindungan i-Prihatin LPPSA
Kelayakan adalah berdasarkan pembiayaan yang diluluskan pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022 dan tertakluk kepada pengeluaran bayaran premium sumbangan insurans/takaful gadai janji (MRTT/MRTA)
LPPSA juga memberikan tempoh perlindungan percuma selama dua (2) tahun mulai dari tarikh pengeluaran bayaran premium sumbangan MRTT/MRTA.
Peringatan : Pelanggan disarankan untuk memperbaharui polisi insuran/takaful GPA secara tahunan sebelum tarikh tamat tempoh perlindungan yang dinyatakan di atas dengan berhubung terus dengan panel takaful/insuran yang dipilih.
Baca Juga: PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
Kenyataan Rasmi i-Prihatin LPPSA
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang berstatus aktif berkuatkuasa Jumaat.
LPSSA menerusi satu kenyataan memaklumkan, program kerjasama dengan panel insurans atau takaful Am LPPSA memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans atau Takaful Mortgage Reducing Term Assurance yang diluluskan bersama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.
Menurut kenyataan tersebut, pelanggan layak memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun.
“Mereka juga layak menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat 9 Julai 2021.
Tambah kenyataan itu, antara manfaat yang ditawarkan termasuk kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan serta keilatan separuh dan kekal akibat kemalangan.
“Jumlah perlindungan tambahan untuk kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan semasa melancong di luar negara atau di dalam pengangkutan awam juga antara yang ditawarkan.
“Selain itu, pelanggan ditawarkan perbelanjaan pengebumian dan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan.
“Program ini turut memberi manfaat perbelanjaan pemulihan dan perubatan akibat kemalangan, bayaran ambulans, elaun kecederaan akibat diragut, elaun penyembuhan denggi, perlindungan akibat rompakan mesin juruwang automatik (ATM) dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan (maksimum 100 hari setahun),” jelas kenyataan tersebut.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan www.lppsa.gov.my/gpa dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui portal pertanyaan atau aduan rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.
Baca Juga: PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
Soalan Lazim
1.Setelah memohon LPPSA i-Prihatin, apakah tindakan yang perlu diambil waris sekiranya berlaku kematian/ keilatan/ penyakit kritikal?
Sekiranya pembiayaan meninggal dunia, ilat atau menghidap penyakit kritikal, waris hendaklah memaklumkan kepada LPPSA insiden tersebut dan mengemukakan dokumen berikut :
- Borang Pemberitahuan Kematian Peminjam atau
- Borang Pemberitahuan Keilatan / Penyakit kritikal Peminjam
2.Bagamanakah saya ingin membuat semakan atas status tuntutan pampasan LPPSA i-Prihatin?
Pihak LPPSA akan mengeluarkan surat Pengesahan Baki Pembiayaan Perumahan kepada waris/peminjam setelah menerima bayaran pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal dari pihak Insuran / Takaful.
3.Bagaimanakah jumlah pampasan kematian/ keilatan / penyakit kritikal ditentukan?
Jumlah bayaran pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal ditentukan atas penilaian yang dibuat oleh pihak Panel Insurans/ Takaful berdasarkan jadual pengurangan baki terkini.
Setelah pampasan diterima dari pihak Insurans/ Takaful, pihak LPPSA akan mengkreditkan jumlah tersebut untuk menyelesaikan baki pembiayaan. Untuk akaun yang berbaki kredit, lebihan bayaran tersebut akan dipulangkan semula kepada waris atau peminjam. Sekiranya akaun masih berbaki debit, pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada waris atau peminjam
Baca Juga: Cara Daftar Login SSPN-i Online:Buka Akaun Baru sspni.sspn.my
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan i-Prihatin LPPSA, boleh hubungi Pusat Panggilan Utama LPPSA di talian 03-8880 1600 atau keboleh kemukakan pertanyaan melalui Portal Pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program LPPSA i-Prihatin ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com