Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0:Borang Permohonan Online Terkini Semua Bank

Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0:Borang Permohonan Online Terkini Semua Bank

Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0 antara yang terkandung di dalam pekej bantuan kerajaan menerusi pekej PEMULIH yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan tanpa syarat pekej melalui PEMULIH ini dilihat dapat membantu terutama mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara ini. Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0 ini dibuka untuk kemudahan golongan B40, M40, T20 serta usahawan mikro yang terkesan.

Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0 ini adalah tanpa syarat, peminjam hanya perlu membuat permohonan melalui borang permohonan online yang telah disediakan oleh pihak bank. Untuk mendapatkan borang tersebut teruskan membaca kerana kami menyediakan semua pautan borang permohonan kepada anda.

Mungkin ramai diantara kita yang terkesan akibat pandemic COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Terkini, kerajaan telah melancarkan bantuan Pakej PEMULIH yang banyak memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya.

Tidak dilupakan juga bantuan penangguhan byaran balik pinjaman bank atau Moratorium. Sedikit sebanyak membantu golongan B40, M40,T20 dan syarikat PKS mahupun SME semasa total lockdown 3.0. Permohonan ini dibuka pada 7 Julai 2021.

Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0 Mengikut Bank Pinjaman Terkini

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Apa Itu Moratorium PEMULIH 3.0

Secara ringkasnya, peminjam individu atau perniagaan boleh memohon moratorium automatik tanpa syarat selama enam bulan menerusi Pakej PEMULIH. Penangguhan bayaran balik selama enam bulan ini adalah automatik tanpa syarat seperti pengurangan pendapatan atau hilang pekerjaan. Ini bermakna peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang dokumentasi permohonan. Namun, jika peminjam PKS mempunyai masalah kewangan, adalah dinasihatkan untuk mohon bantuan khidmat nasihat kewangan PKS AKPK. Berikut disediakan pautan bank untuk memudahkan anda memohon moratorium

Baca Juga: Login eOperasi Kemaskini Maklumat: Melalui eoperasi.moe.gov.my

Cara Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0

Merujuk kepada laman web rasmi Bank Negara Malaysia, terdapat 27 bank yang menyediakan bantuan Moratorium Pemulih 3.0. Berikut adalah pautan link untuk membuat permohonan Moratorium 3.0 PEMULIH terkini :

Anda perlu menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan moratorium ini seperti kadar faedah bayaran balik pinjaman, atau sekiranya anda perlu melanjutkan tempoh bayaran pinjaman lebih lama.

Baca Juga: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021

Soalan Lazim

1.Bila permohonan moratorium dibuka?

Permohonan moratorium PEMULIH dibuka mulai 7 Julai 2021.

2.Adakah saya akan dikenakan faedah berkompaun?

Sekiranya anda memohon moratorium ini, ia tidak mempunyai fedah berkompaun iaitu tidak dikenakan faedah ke atas faedah. Hanya faedah terkumpul dikenakan seperti biasa apabila peminjam mula membuat bayaran selepas enam bulan. Anda juga berdepan bayaran faedah yang lebih tinggi sekiranya memilih untuk melanjutkan tempoh moratorium.

3.Bilakah pembayaran akan dimulakan selepas tamat tempoh moratorium?

Pembayaran semula akan dimulakan sebaik sahaja selepas tempoh moratorium enam (6) bulan tamat.

Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

Maklumat Lanjut & Pertannyaan

Sekiranya anda tidak mendapat maklum balas semasa permohonan dengan bank berkenaan, sila hubungi BNM TELELINK di talian 1-300-88-5465 atau emel ke bnmtelelink@bnm.gov.my (Isnin hingga Jumaat 9pagi-5petang)

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pekej Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0 memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment