Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan

Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan

Permohonan rayuan IPG online adalah sistem permohonan dalam talian yang disediakan kepada pemohon IPG yang gagal permohonan awal IPG. Permohonan rayuan IPG di buka kepada mereka yang layak untuk membuat rayuan semakan semula kelayakan yang dimiliki oleh calon.

Permohonan Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak IPG.

Artikel kali ini akan membincangkan tentang syarat dan cara serta tarikh permohonan rayuan IPG teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan

Baca Di SINI:

Syarat Pemohonan Rayuan IPG

Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuhi syarat-syarat berikut :-

A. Pemohon Yang Layak Untuk Membuat Rayuan Ke IPG

1. Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran

2. Pemohon yang telah memohon program IPG tetapi tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline

3. Pemohon yang telah memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline

4. Sekiranya layak IPGM boleh menawarkan mana-mana bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti berikut;

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 bahasa Cina tidak diperlukan, mempunyai syarat kepujian bahasa Cina adalah satu kelebihan.)
  • Reka bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK)
  • Pendidikan Masalah Penglihatan (SK)

Sila rujuk syarat bidang pengkhususan di portal http://upu.moe.gov.my, hanya pemohon yang mempunyai kelayakan syarat bidang akan dipertimbangkan.

B. Pemohon Yang Tidak Layak Untuk Membuat Rayuan Ke IPG

1. Pemohon yang gagal dalam saringan UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran

2. Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar rakaman video pengajaran

3. Pemohon yang telah mendapat tawaran daripada mana-mana pusat pengajian (universiti/ Matrikulasi/ Asasi/ Politeknik/ Kolej Komuniti) melalui UPU

Baca Juga: Jawatan Kosong Guru DG41:Cara Mohon Online/Guna APPS & Semakan Permohonan

Cara Permohonan Rayuan IPG

Cara permohonan rayuan IPG adalah menggunakan medium online atau dalam talian. Anda hanya perlu memasukkan no kad pengenalan dan juga no angka giliran SPM anda pada ruang yang telah di sediakan seperti contoh gambar di bawah. Rayuan IPG boleh dibuat secara online di pautan berikut :-

Cara Permohonan Rayuan IPG

Jika anda ingin tahu cara untuk ubah had limit pemindahan online anda klik pautan: Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)

Tarikh Permohonan Rayuan IPG 2021

Tarikh permohonan rayuan kemasukan ke IPG akan diumumkan di portal IPG https://pismp.moe.gov.my/ setelah keputusan kemasukan ke IPG 2021 diumumkan pada 08 Julai 2021 khamis nanti.

Kami akan mengemaskini tarikh permohonan rauan ke IPG jika pengumuman tarikh tersebut telah dikemaskini oleh pihak Institut Pendidikan Guru

Baca Juga:Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS

Semakan Keputusan Rayuan IPG

Semakan Keputusan Rayuan IPG boleh dibuat secara online di pautan berikut :-

Bagi calon yang berjaya diminta melakukan pengesahan setuju / menolak tawaran sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini. Sekiranya calon tidak berbuat demikian akan dianggap menolak tawaran tersebut.

Baca Juga: Tambah Kelajuan Internet Telefon:Cara Lajukan Internet Telefon Semua Telco

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan rayuan IPG, sila hubungi maklumat berikut untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan rayuan IPG :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720

emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

Terima kasih. Semoga perkongsian cara membuat permohonan rayuan kemasukan ke IPG ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment