Kemaskini BPR Online:Cara Kemaskini Bantuan Priharin Rakyat
Cara kemaskini maklumat BPR online. Jika anda pernah menerima BSH & BPN tahun 2020,bagaimana nak kemaskini BPR 2021 online ?
Nak login MyBPR guna kata laluan/password yang mana? Rujuk CARA LOGIN MyBPR
Senang sahaja nak kemaskini BPR 2021 online,jangan bimbang dan panik,kami akan kongsikan cara nak kemaskini BPR 2021 online seperti status perkahwinan,nombor akaun,nombor telefon,bilangan anak,jumlah pendapatan dan lain-lain.
Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
Tekan butang Semak
Jika dipaparkan akaun anda belum didaftarkan.Sila rujuk CARA DAFTAR BPR 2021
Cara Daftar BPR Online
Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR
Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
- Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
- Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR
- Jika dipaparkan soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
- Berikut adalah MENU yang dipaparkan :
- Profil
- Semakan Status
- Kemaskini Permohonan
- Cetakan
- Peti Mel
- Maklum Balas
- Jika anda ingin KEMASKINI PERMOHONAN BPR, klik Kemaskini Permohonan
Cara Kemaskini BPR Online
Berikut adalah cara kemaskini BPR 2021 online & maklumat yang perlu dikemaskini jika perlu:
- Telefon Bimbit
- Pekerjaan
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
- Status Perkahwinan
- Alamat
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
Muat Naik Dokumen Sokongan BPR
Pemohon boleh muat turun dokumen sokongan yang berkaitan jika perlu.
Maklumat Wakil BPR
Jika ada waris,sila isi maklumat waris berikut:
- Hubungan
- Jenis Pengenalan/No Mykad
- Nama wakil
- Nombor telefon wakil
- Klik TERUSKAN
- Sila isi Captcha seperti yang tertera
- Sahkan CAPTCHA
- Tandakan PENGESAHAN
- Sila sahkan maklumat yang dikemaskini
- Klik HANTAR PERMOHONAN BPR
- Sila hantar maklumat yang telah dikemaskini
Maklumat Perlu Dikemaskini Pemohon BPR
Berikut adalah penjelasan secara terperinci tentang maklumat yang perlu dikemaskini:
KEMASKINI NOMBOR TELEFON TERKINI ( Pemohon BPR)
Penting kemaskini nombor telefon dalam sistem BPR,jika ada sebarang info berkaitan bayaran dan lain-lain,anda akan menerima SMS daripada pihak yang menguruskan BPR. Kemaskini BPR Online
KEMASKINI STATUS PERKAHWINAN TERKINI ( Pemohon BPR)
Kepada yang sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BSH/BPN 2.0 masih bujang.
Kepada yang sudah bercerai atau berpisah, boleh kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BSH/ BPN 2.0 masih berkahwin.
Bagi yang masih kekal BUJANG,anda tidak perlu kemaskini status
KEMASKINI NAMA DAN NOMBOR AKAUN BANK ( Pemohon BPR)
Jika akaun anda sudah tidak aktif, sila masukan nama dan nombor bank yang aktif bagi memastikan duit BPR berjaya dikreditkan ke akaun anda. Kemaskini BPR Online
KEMASKINI BILANGAN ANAK TERKINI ( Pemohon BPR)
Jika ada pertambahan anak, anda boleh membuat Kemaskini BPR Online bilangan anak.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang kemaskini BPR 2021 online.
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara Kemaskini Maklumat BPR Online ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com