Log Masuk MyBPR:Cara Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat

Cara log masuk akaun Bantuan Prihatin Rakyat MyBPR pemohon. Untuk log masuk MyBPR,pemohon Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) perlu membuat pendaftaran MyBPR 2021 terlebih dahulu.
Jika anda ingin membuat pendaftaran MyBPR,sila rujuk DAFTAR MyBPR.
Disini kami akan kongsikan Cara Log Masuk MyBPR.
Sebelum ini, mari kita buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat.
Syarat Kelayakan Permohonan BPR
Kategori kelayakan bagi pemohon BPR 2021 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang (termasuk OKU) berumur 60 tahun ke atas
- Bujang
- Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kreteria Kelayakan Permohonan BPR
Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:
Isi Rumah
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
- Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan
- Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Bujang
Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Cara Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat MyBPR
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBPR, Log Masuk MyBPR adalah seperti berikut:
- Klik MyBPR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Lupa Kata Laluan BPR
Bagaimana jika terlupa Kata Laluan? Apa tindakan yang perlu saya lakukan?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
a) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
b) Klik Butang Semak
c) Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan dengan betul
d) Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan Baru
e) Klik Butang Tukar Kata Laluan; atau
ii. Hadir ke LHDNM; atau
iii. Hubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Layari https://bpr.hasil.gov.my/
Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
E-mel: bpr@treasury.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara log masuk MyBPR ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
TAK DAPAT LANGSUNG BANTUAN BUJANG BPR BKC BKM SAYA SENDIRI PUN PELIK KENAPA PADA HAL WALAUPUN BUJANG TAPI TANGGUNGAN RUMAH ORANG TUA YANG SEDANG SAKIT STROK PUN TAK BOLEH DAPAT MALAH BORANG ONLINE PUN TAK BOLEH DIISI….. LHDN SILA AMBIL TINDAKAN INI…TQ