Kemaskini STR 2024: Cara Kemaskini Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah
KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR 2024
Berikut adalah antara soalan yang berkaitan cara kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024 untuk panduan pemohon.
1. S: Apakah tujuan pembukaan Skrin Kemas Kini Maklumat Permohonan STR?
J: Pembukaan Skrin Kemas Kini Maklumat Permohonan STR adalah bagi membenarkan Permohonan STR yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
i. No. Telefon Rumah
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Alamat e-Mel
iv. Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
v. Maklumat Waris
2. S: Bilakah tempoh kemaskini maklumat Permohonan STR 2024?
J: Kemaskini maklumat Permohonan STR 2024 boleh dilakukan bermula permohonan kemaskini dibuka. Tempoh kemaskini selepas tamat tempoh Permohonan Rayuan STR 2024 akan dibuka secara berperingkat dan pemakluman akan dibuat dari semasa ke semasa di Portal Rasmi STR.
3. S: Bagaimanakah kaedah untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR 2024?
J: Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:
i. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
ii. Penghantaran Borang KemasKini Maklumat Permohonan STR 2024 ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anda adalah digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
4. S Dimanakah Borang KemasKini Maklumat Permohonan STR 2024 boleh didapati?
J: Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui:
i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
ii. Boleh didapati di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Sambungan Cara Kemaskini Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
5. S: Saya adalah pemohon dan tidak mendaftarkan maklumat akaun bank semasa tempoh Pendaftaran STR, adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemas kini maklumat dibuka?
J: Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2023. Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
6. S: Saya adalah penerima bayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank dan status pembayaran adalah Berjaya Kredit, adakah saya boleh mengemaskini maklumat akaun bank saya?
J: Tidak. Kemas kini maklumat akaun bank penerima tidak dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.
7. S: Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan semasa fasa pembayaran sebelumnya. Kemaskini STR 2024 Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank pasangan saya?
J: Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah:
i. Gagal Kredit; atau
ii. Tunai
8. S: Permohonan STR saya berstatus Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan STR dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat akaun bank atau maklumat waris dalam Permohonan STR saya?
J: Bagi Permohonan STR berstatus Lulus dan telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan, maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan. Kemaskini STR 2024 Tempoh kemas kini maklumat permohonan akan dibuka secara berperingkat selepas tamat tempoh Permohonan Rayuan STR. Rujuk soalan 10
Sambungan Soalan
9. S: Saya merupakan waris baharu yang ingin mengemaskini maklumat waris disebabkan waris yang berdaftarkan pada borang STR telah uzur / sakit / berada di dalam penjara. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat waris bagi pihak pemohon yang telah meninggal dunia?
J: Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia perlu dilakukan di Pejabat LHDNM berdekatan. Kemaskini STR 2024 Waris baharu perlu melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan sertakan dokumen seperti di bawah:
i. Kad pengenalan (asal) waris;
ii. Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon; dan
iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
10. S: Saya telah membuat kemas kini maklumat waris terkini. Bilakah waris tersebut boleh hadir ke BSN bagi tuntutan pembayaran STR 2023? Maklumat waris baharu akan dikemas kini dan diserahkan kepada pihak BSN. Waris tersebut boleh hadir ke BSN bagi tujuan penunaian bayaran STR 2023 atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2023 berdasarkan jadual di bawah:
11. S: Sekiranya kemas kini maklumat permohonan dibuat dalam tempoh Permohonan Rayuan STR dibuka, bilakah waris boleh hadir ke BSN untuk tuntutan bayaran STR?
J: Bagi permohonan berstatus Lulus yang telah membuat kemas kini permohonan, tarikh tuntutan bayaran STR oleh waris baharu di BSN boleh dirujuk pada soalan 10.
12. S: Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah yang layak didaftarkan sebagai waris?
J: Waris yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan STR 2023 sahaja.
Cara Semak Status Permohonan STR Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR?
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
ii. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
iv. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Kemaskini STR 2024 atau perkara lain berkaitan Kemaskini STR 2024 anda boleh hubungi:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) STR Fasa 3 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Kemaskini STR 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com