Pakej Internet Kerajaan Perpaduan : Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenal Kerajaan pada harga RM30, akan berada di pasaran pada Februari 2023

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ditawar oleh kerajaan kepada belia sehingga 30 tahun, B40, OKU, warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Pengguna bakal nikmati Internet mudah alih pada harga rendah, kelajuan internet tiga kali ganda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej Internet Kerajaan Perpaduan ini dan cara untuk mendapatkannya di pasaran.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Apakah Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih?

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan harga RM30.

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan inisiatif terbaharu ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar unruk memiliki perkhidmatan Internet sebagai utiliti asas bagi rakyat.

Ia menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari).

Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia serta veteran polis.

Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.

Harga Yang Ditawarkan

Harga : RM30

Kelajuan Internet : 3 Mbps

Kuota : 30GB untuk 6 bulan

Pakej ini merupakan pakej asas yang disedaiakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Golongan Sasar

Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.

Syarikat Telco Yang Menawarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih

Pakej ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Tarikh Jualan & Pembelian Pakej Internet Kerajaan Perpaduan

Pakej ini akan berada di pasaran pada Februari 2023.

Kenyataan Rasmi Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

Sila rujuk makluman penuh melalui kenyataan media oleh Kementerian Komunikasi dan Digital di bawah:

KENYATAAN MEDIA

PAKEJ PERPADUAN PRABAYAR INTERNET MUDAH ALIH DILANCAR DENGAN HARGA LEBIH RENDAH UNTUK GOLONGAN BELIA, B40, OKU, WARGA EMAS DAN VETERAN

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran akan dapat menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar Internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023

Komitmen Kerajaan ini dizahirkan dengan pelancaran Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan Internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.

Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurangupaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sertaveteran polis

Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan oleh lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Pakej Perpaduan dengan harga RM30 ini menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota dinaikkan daripada 20GB untuk tiga bulan (90 hari) kepada 30GB untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari). Pengguna menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan. Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Saya yakin usaha yang dilaksanakan oleh KKD dengan kerjasama strategik syarikat- syarikat penyedia perkhidmatan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.

Saya yakin usaha yang dilaksanakan oleh KKD dengan kerjasama strategik syarikat- syankat penyedia perkhidmatan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.

Justeru, langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius oleh Kerajaan Perpaduan. Inisiatif ini sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengguna golongan belia, B40, OKU, warga emas serta veteran ATM dan polis untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti serta meningkatkan akses kepada kemudahan ini.

Penyedia perkhidmatan akan membuat pengumuman lanjut mengenai Pakej Perpaduan kepada para pengguna dalam masa terdekat.

FAHMI FADZIL

MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL

21 Disember 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej internet Kerajaan Perpaduan ini atau perkara lain berkaitan pakej internet Kerajaan Perpaduan anda boleh layari laman Portal Rasmi Kementerian Komunikasi Dan Digital di: https://www.kkmm.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang pakej internet Kerajaan Perpaduan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment