Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Jumlah Bayaran BTR Bantuan Tunai Rakyat 2023 telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 20.12.2022.

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan tarikh akan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Desember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 untuk makluman bersama.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Apakah Itu BTR 2023?

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 / Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)

Melalui pembentangan Mini Bajet 2023, jumlah bantuan yang akan diberikan tidak diperincikan namun jika mengambil kira Bantuan Keluarga Malaysia 2022 berikut adalah kemungkinan jumlah Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

1 – Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,000 : Lebih 3 Anak
  • RM1,500 : 1- 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

2 – Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM800 : Lebih 3 Anak
  • RM600 : 1- 2 Anak
  • RM400 : Tiada Anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

  • RM300 : Warga Emas
  • RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan

3 – Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000

  • RM600

4 – Bujang Pendapatan Kurang RM2,500

  • RM350

*Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

Baca Juga: Jobstreet : Cara Buka & Daftar Akaun

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa Pertama

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023 Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Pada Januari 2023, kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1. Tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 diawalkan kepada bulan Januari dari tarikh sebenar bulan Mac 2023.

Adakah BTR 2023 Sama Dengan BKM? BKM 2023?

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 belum diumumkan.

Namun, jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Januari 2023 nanti.

Sekadar perbandingan, berikut adalah usul yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu berkenaan bantuan tunai yang sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2023.

Kenyataan Media Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 / BKM 2023

Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bulan depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.

Menurutnya, setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100.

“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.

“Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir,” katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan akan meneruskan Bayaran BantuanTunai Rakyat 2023 Fasa 1 dengan pembayaran diawalkan pada Januari ini berbanding Mac.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Bayaran berkenan yang akan disalurkan pada Januari, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, tambah Anwar.

“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023,” ujar Perdana Menteri.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak kepada pekebun kecil getah pada Januari ini.

Langkah tersebut, kata Perdana Menteri, bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh ini.

“Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” kata Anwar lagi.

Bantuan Penjawat Awam 2023 Imbuhan & Kenaikan Gaji

Sementara itu, Anwar berkata, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 akan diteruskan.

Perdana Menteri, berkata Bantuan Khas Kewangan turut disalurkan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700, manakala dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Maklumat Lanjut Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Untuk maklumat lanjut mengenai Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat

Leave a Comment