PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
PEMULIH bantuan Elaun Mencari Pekerjaan antara yang terkandung dalam teks ucapan pekej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri pada hari ini 28.06.2021. Tujuan bantuan khas ini diperkenalkan ialah untuk membantu meringankan beban Pencari kerja termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal dengan mendapat sedikit bantuan melalui bantuan PEMULIH elaun mencari pekerjaan.
Pencari kerja termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal akan menerima elaun RM300 melalui pekej PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Elaun Mencari Pekerjaan akan diluaskan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal itu.
“Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Perkongsian ini tentang Elaun Mencari Pekerjaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Apakah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO?
Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk membantu pekerja yang mencarum dengan PERKESO dan kehilangan pekerjaan meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu.
Kini, bantuan PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan segera ini turut diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
Permohonan SIP PRIHATIN 2.0
Bagi pencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300.
Cara Permohonan SIP PRIHATIN 2.0
Permohonan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian. Info lanjut mengenai insentif ini, sila layari https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/sip-prihatin-perlanjutan-elaun-mencari-pekerjaan/
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan.
OB yang memohon SIP akan menerima bantuan pekerjaan semula dari Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO).
Sebahagian daripada usaha mencari pekerjaan, OB dikehendaki untuk berdaftar dengan MyFutureJobs dan OB akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian.
OB juga boleh memilih untuk menghadiri latihan kemahiran semasa menganggur atau selepas diambil bekerja dengan majikan baru yang mana ini adalah sebahagian daripada program pasaran buruh aktif SIP.
Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH membolehkan individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO untuk turut menerima manfaat.
Ini bermaksud, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300.
Syarat Kelayakan SIP PRIHATIN 2.0
Individu kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
Individu menganggur.
Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan.
Syarat Kelayakan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO
Syarat Kelayakan Umum PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan :
- Golongan yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (PERKESO).
- Golongan yang menganggur.
- Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.
- Menghadiri temuduga PERKESO.
Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu :
- mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO.
- menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian
Nilai Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) / Insentif Yang Diterima
Pemohon PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan yang memenuhi syarat-syarat ini dan membuat pendaftaran akan melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan.
Sekiranya pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan kepada mereka.
PERKESO menyasarkan seramai 229,000 pencari kerja akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Tarikh Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Pendaftaran untuk program ini akan bermula pada 15 Julai 2021.
Cara Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO
Cara pendaftaran secara online akan dibuka melalui laman web PERKESO mulai 15 Julai 2021.
Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
Golongan Yang Layak Menerima Elaun Mencari Pekerjaan
Atara mereka yang layak menerima bantuan PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan ini adalah seperti berikut:
- Graduan Baharu
- Lepasan Sekolah
- Pekerja Sektor Tidak Formal
Baca Juga: Daftar Permohonan JPAM APM:Permohonan Online & Semakan Permohonan
Kadar Bayaran Elaun Mencari Pekerjaan
PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dibawah MyFuturejobs sebanyak:
- RM300.00
Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM
Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan
Para pencari kerja yang ingin mendapatkan bantuan PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan perlulah berdaftar di bawah portal MyFuturejobs untuk menerima inisiatif ini. Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyFuturejobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Anda boleh mengubah Bahasa portal terlebih dahulu jika mahu menggunakan Bahasa Melayu kerana portal tersedia dalam English
- Klik bahagian paling kanan untuk ubah menu Bahasa.
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas tengah skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik butang ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal.
- Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
- Masukkan semua maklumat yang di perlukan yang berkaitan.
Baca Juga: Jawatan Kosong Guru DG41:Cara Mohon Online/Guna APPS & Semakan Permohonan
Login Portal MyFutureJobs Mohon Elaun Mencari Pekerjaan
Berikut adalah cara log masuk ke portal MyFuturejobs ini:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas tengah skrin
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
- Pilih jawatan yang ingin dipohon
- Klik simpan
*Nota: Jika anda ingin maklumat penuh tentnag MyFutureJobs klik pautan ini: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Ucapan Aluan YAB PM Pekej Bantuan PEMULIH 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
1. Izinkan saya memulakan bicara pada hari ini, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala bahawa Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
2. Mengambil ibrah petikan doa yang sering diungkapkan dalam ayat ke-10, Surah al-Kahfi,
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا
“Sesungguhnya kami memohon rahmat dari sisi-Mu Ya Allah, kami memohon dipermudahkan atas segala urusan dan kami memohon keselamatan atas segalanya”.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian,
3. Pada 15 Jun yang lalu, saya telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara atau PPN sebagai suatu panduan atau roadmap peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa. Pelan ini membolehkan saudara dan saudari membuat perancangan yang sejajar dengan langkah-langkah Kerajaan untuk melawan COVID-19 dan memulihkan negara.
4. Peralihan secara berperingkat ini merangkumi empat fasa dan bersandarkan kepada tiga indikator: pertamanya bilangan kes harian COVID-19, kedua, kadar penggunaan katil di wad ICU, dan ketiga, peratusan rakyat yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
5. Sehingga kini, ketiga-tiga indikator ini masih belum mencapai nilai ambang untuk kita beralih daripada fasa pertama ke fasa kedua. Kes harian COVID-19 masih berada pada paras melebihi 4 ribu kes sehari atau bersamaan dengan 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk. PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan
6. Namun begitu, walaupun secara keseluruhan nilai ambang nasional belum tercapai, pelaksanaan PPN fasa pertama telah menunjukkan beberapa perkembangan positif. Bilangan kes harian COVID-19 telah berada di bawah paras 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk di sembilan negeri dan hampir semua negeri setakat ini lebih 10 peratus penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan
7. Mengambil kira situasi semasa terutamanya kemunculan varian baharu yang lebih ganas, Kerajaan sedar bahawa kapasiti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK perlu ditingkatkan supaya lebih ramai lagi boleh divaksin dengan segara. Sementara itu agenda prihatin dan keselamatan rakyat akan diteruskan, dan sektor perniagaan perlu terus disokong. PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan
8. Yang saya boleh janjikan hari ini, biarpun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Kerajaan Perikatan Nasional akan terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan saudara dan saudari semua. Saya tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19. Hari ini, saya ingin menyampaikan beberapa pengumuman penting dan insha-Allah akan ada beberapa perkhabaran baik buat semua.
PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan
Baca Juga: Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan
Teks Ucapan PEMULIH Bantuan Khas Elaun Mencari Pekerjaan RM300
Teks ucapan PEMULIH berkaitan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan yang diumumkan hari ini terkandung dalam bilangan ke.20, agenda ucapan seperti berikut:
20. Seterusnya, Kerajaan melalui PEMULIH juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit. PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan
Baca Juga: MyPuspakom:Cara Daftar Login Buat Temujanji Pemeriksaan Online (mypuspakom.com.my)
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan khas PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan RM300 melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan khas Elaun Mencari Pekerjaan RM300 melalui pekej PEMULIH ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com