Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT 2022 Bermula 15 April
Permohonan laptop, tablet percuma bagi IPT akan dibuka 15 April ini
Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau laptop percuma pada 15 April ini.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peranti berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.
Menurutnya, kerajaan memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang mencecah ribuan ringgit.
“Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.
“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, ” katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia Daerah Sandakan, hari ini.
Baca Juga: eStart Kredit Belia RM150 (Cara Tebus & Claim e-Skim Transaksi Tanpa Tunai)
Menurutnya, sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.
Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan ‘cap ayam’.
“Saya harap pada minggu pertama Jun, kita mula mengedarkan tablet kepada mereka yang memohon yang mungkin akan membabitkan beratus ribu anak muda siswa siswi.
“Mereka akan mendapat tablet berkualiti tinggi bukan cap ayam… Saya jamin kita akan beri kualiti yang terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 100,000 orang diperlukan untuk menjadi duta komuniti seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kita akan ambil serta-merta, PM dah lancar semalam, jemaah menteri dan luluskan jadi kita laksanakan serta-merta.
“Kita boleh keluarkan watikah, mereka sudah boleh buat. Pada 1 April apabila pergerakan dibenarkan seperti biasa, kita harap duta komuniti sudah ada dalam masyarakat,” katanya.
Menurutnya, untuk pusingan pertama seramai 30,000 orang akan diambil dan dijangka mencecah 100,000 mengikut keperluan.
Jelasnya, duta komuniti amat diperlukan khususnya membantu ketika negara dalam fasa transisi pertukaran daripada pandemik ke endemik.
“Orang ramai boleh datang ke pejabat penerangan daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendapatkan watikah pelantikan agar tidak dipertikai kelak,” katanya.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula pertengahan April 2022 ini.
Fasa pertama ‘rollout’ Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia akan dibuat seawal minggu pertama Jun.
Perkara ini diumumkan melalui siaran media terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM).
Melalui pakej tersebut, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.
Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Permohonan Laptop Tablet Percuma yang diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara rasmi hari ini.
Artikel Lain: Cara Kemaskini No Telefon Maybank:Online & Offline
Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program Permohonan Laptop Tablet Percuma ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan..
Baca Juga: Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL
Syarat Kelayakan Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT 2022 PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?
Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.
Inisiatif Permohonan Laptop Tablet Percuma ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Baca Juga: Cara Claim Insurans Kereta:Cara Membuat Tuntutan Serta Prosedur
Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat Program Laptop Tablet Percuma IPT 2022 PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
- Celcom Axiata Berhad (Celcom),
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
- Maxis Berhad (Maxis),
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
- Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
- YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Artikel Lain: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG
Tarikh Pendaftaran / Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT 2022 PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Tempoh pendaftaran dan Permohonan Laptop Tablet Percuma pakej ini akan bermula pada 15 April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.
Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa
Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:
1. Apakah itu Permohonan Laptop Tablet Percuma Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
2. Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej Permohonan Laptop Tablet Percuma ini?
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).
4. Bilakah pendaftaran Permohonan Laptop Tablet Percuma akan bermula?
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada 15 April 2022. Pelaksanaan pula bermula pada bulan Jun 2022.
NOTA: Soalan-soalan lazim Permohonan Laptop Tablet Percuma ini dikemas kini pada 1 November 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untukmendapatkan maklumat terkini.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Permohonan Laptop Tablet Percuma, anda boleh melayari info di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM melalui saluran berikut:
Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)
03-8688 8000
Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai Permohonan Laptop Tablet Percuma ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com