Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan PEMULIH
PEMULIH bantuan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan antara yang terkandung dalam teks ucapan pekej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri pada hari ini 28.06.2021. Tujuan bantuan khas ini diperkenalkan ialah untuk membantu golongan oku dan juga gelandangan yang berminat menceburi bidang perniagaan.
Bantuan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU ini berbentuk bantuan asa modal perniagaan dan juga bimbingan.
Kerajaan hari ini telah membuat pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.
Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Baca Juga: Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
Ringkasan Pekej PEMULIH
Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.
PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Perniagaan
- Meningkatkan Vaksinasi
Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
Ucapan Aluan YAB PM Pekej Bantuan PEMULIH 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
1. Izinkan saya memulakan bicara pada hari ini, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala bahawa Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
2. Mengambil ibrah petikan doa yang sering diungkapkan dalam ayat ke-10, Surah al-Kahfi,
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا
“Sesungguhnya kami memohon rahmat dari sisi-Mu Ya Allah, kami memohon dipermudahkan atas segala urusan dan kami memohon keselamatan atas segalanya”.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian,
3. Pada 15 Jun yang lalu, saya telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara atau PPN sebagai suatu panduan atau roadmap peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa. Pelan ini membolehkan saudara dan saudari membuat perancangan yang sejajar dengan langkah-langkah Kerajaan untuk melawan COVID-19 dan memulihkan negara.
4. Peralihan secara berperingkat ini merangkumi empat fasa dan bersandarkan kepada tiga indikator: pertamanya bilangan kes harian COVID-19, kedua, kadar penggunaan katil di wad ICU, dan ketiga, peratusan rakyat yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
5. Sehingga kini, ketiga-tiga indikator ini masih belum mencapai nilai ambang untuk kita beralih daripada fasa pertama ke fasa kedua. Kes harian COVID-19 masih berada pada paras melebihi 4 ribu kes sehari atau bersamaan dengan 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk.
6. Namun begitu, walaupun secara keseluruhan nilai ambang nasional belum tercapai, pelaksanaan PPN fasa pertama telah menunjukkan beberapa perkembangan positif. Bilangan kes harian COVID-19 telah berada di bawah paras 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk di sembilan negeri dan hampir semua negeri setakat ini lebih 10 peratus penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
7. Mengambil kira situasi semasa terutamanya kemunculan varian baharu yang lebih ganas, Kerajaan sedar bahawa kapasiti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK perlu ditingkatkan supaya lebih ramai lagi boleh divaksin dengan segara. Sementara itu agenda prihatin dan keselamatan rakyat akan diteruskan, dan sektor perniagaan perlu terus disokong.
8. Yang saya boleh janjikan hari ini, biarpun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Kerajaan Perikatan Nasional akan terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan saudara dan saudari semua. Saya tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19. Hari ini, saya ingin menyampaikan beberapa pengumuman penting dan insha-Allah akan ada beberapa perkhabaran baik buat semua.
Baca Juga: MyPuspakom:Cara Daftar Login Buat Temujanji Pemeriksaan Online (mypuspakom.com.my)
Teks Ucapan PEMULIH Bantuan Khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)
Teks ucapan PEMULIH berkaitan bantuan Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) yang diumumkan hari ini terkandung dalam bilangan ke.50 fokus kedua PEMULIH iaitu Menyokong Perniagaan, agenda ucapan seperti berikut:
50. Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan. Sejumlah 20 juta ringgit diperuntukkan untuk tujuan ini dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40 ribu individu.
Baca Juga: Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) PEMULIH
Semasa pengumuman PEMULIH bantuan khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) Perdana Menteri tidak mengumumkan apa-apa syarat untuk memohon bantuan ini. Jika ada syarat tertentu lain yang kerajaan umumkan akan dikemaskini jika ada.
Baca Juga: Cara Daftar Akaun J&T Express Online: Pendaftaran Pengguna Baru
Tarikh Bayaran PEMULIH Bantuan Khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) PEMULIH
Tarikh bayaran Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) melalui pekej PEMULIH masih belum diumumkan. Tarikh tersebut akan dikemaskini setelah kerajaan membuat pengumuman rasmi berkaitan bayaran bantuan khas JITU melalui pekej PEMULIH ini.
Bagi pencar kerja sila daftar: SPA9:Cara Daftar Akaun Baru & Cara Log Masuk Akaun SPA9
Cara Memohon Bantuan Khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) PEMULIH
Cara memohon bantuan khas JITU melalui pekej PEMULIH masih belum diumumkan. Cara memohon PEMULIH JITU tersebut akan dikemaskini setelah kerajaan membuat pengumuman rasmi berkaitannya.
Baca Juga: Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan khas Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU) melalui pekej PEMULIH ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com