Rayuan BKM 2022 : Permohonan & Syarat Rayuan
PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022)
Seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan, Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dibayar bermula 28 Mac 2022 bagi peneirma yang mempunyai akaun bank.
Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran akan disalurkan mulai 30 Mac 2022.
Bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 akan diterima berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.
Pemberian bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.
Bagi mereka yang gagal atau tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia mereka dipohon untuk membuat rayuan BKM yang akan dibuka mulai 2 Mei 2022.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BKM 2022 dan maklumat lain berkaitan permohonan rayuan BKM 2022 ini.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Kenapa BKM Tak Masuk Akaun?
Rayuan BKM 2022
Untuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat Rayuan BKM.
Anda boleh membuat semakan status untuk mengetahui mengapa dan punca Tidak Lulus BKM.
Ketahui Juga: Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas
Kenapa Tidak Lulus BKM
Untuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada Butang ‘Alasan’ seperti yang tertera di bawah:
Baca Juga: Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia
Tarikh Rayuan BKM 2022
Permohonan rayuan BKM akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022.
Sila ke pautan berikut untuk permohonan Rayuan BKM 2022:
Sila pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula Rayuan BKM oleh LHDN.
Cara Semak Status Bayaran BKM
Semakan Status Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM. Atau baca Semakan Status BKM
Sila rujuk langkah di bawah:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
*NOTA: Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik [Semak].
- Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
- Sila masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
*NOTA PENTING: Jika anda menerima status sila rujuk cawangan LHDM berhampiran, pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera
Baca Di Sini: Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas
Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut Rayuan BKM 2022, sila rujuk FAQ BKM di bawah:
1.Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
2.Bilakah tarikh rayuan BKM?
Permohonan rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.
3.Bagaimana cara membuat rayuan BKM?
Permohonan Rayuan BKM boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/
4.Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. Rayuan BKM
5.Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?
Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.
6.Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka adakah saya layak BKM 2022?
Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
7.Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?
Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.
8.Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?
BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.
9.Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?
Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.
10.Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?
Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.
11.Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?
Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.
12.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?
RM350
13.Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?
- RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
- RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas
Baca Juga: BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Rayuan BKM 2022 anda boleh layari https://bkm.hasil.gov.my. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM dan Rayuan BKM 2022 melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
ATAU rujuk: soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Rayuan BKM 2022 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com