Cara Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Disember Ini
Rebat Bil TNB 100%. Bagi meringankan beban lebih 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir, TNB memberikan rebat 100% secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.
Selain itu, TNB juga menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rebat TNB ini.
Baca Juga: myTNB: Semak & Bayar Bil TNB Online Melalui myTNB
Apakah Itu Rebat Elektrik 100% TNB?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi Rebat Bil TNB 100% secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.
“Rebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya ‘one-off’ bagi bulan Disember.
“Saya juga meminta TNB untuk membantu kediaman mangsa banjir B40 apabila bekalan elektrik disambung semula dan pendawaian (dilakukan) secara percuma.
“Kita tahu rumah lama terendam dalam air dan berbahaya jadi TNB sudah membuat pemeriksaan dan melakukan pendawaian percuma di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini. Rebat Bil TNB 100%
Artikel Lain: PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
Kenyataan TNB Rebat Bil Elektrik
Keputusan segera Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi Rebat Bil TNB 100% secara sekali sahaja (one-off) bagi bil elektrik bulan Disember 2021 kepada72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas akibat banjir, didorongi rasa kebersamaannya dengan rakyat yang juga pelanggannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri, sekali gus ia adalah persetujuan bersama kerajaan bagi menyantuni mangsa banjir.
“Warga kerja TNB juga adalah ahli komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus sentiasa dapat merasai bersama perasaan rakyat yang juga pelanggan kami. Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB termasuk keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat,” kata beliau.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian rebat itu kepada 72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas dilanda bencana alam di negeri-negeri terlibat dengan peruntukan kecemasan tambahan sebanyak RM 9 juta.
Baru-baru ini TNB sudah pun mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi tujuan kerja-kerja pemulihan di samping RM2 juta lagi dalam bentuk bantuan kewangan melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).
Lebih 2,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset bekalan TNB (pencawang elektrik, kabel, tiang elektrik) yang terjejas akibat bencana tersebut. Rebat Bil TNB 100%
Cara Mohon Rebat TNB 100%
Buat masa ini, cara permohonan atau pelaksanaan masih dalam proses untuk diperincikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.
Bagi yang terjejas, anda boleh mendapatkan makluman terkini Rebat Bil TNB 100% dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa di website Tenaga Nasional Berhad dan laman sosial rasmi Facebook TNB Careline.
Laman web rasmi TNB : http://www.tnb.com.my/
Facebook TNB Careline : https://www.facebook.com/TNBCareline/
Kenyataan Rasmi
HULU LANGAT: Dijangka 72,000 pelanggan domestik yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini bakal menerima Rebat Bil TNB 100% secara one off untuk bil Disember ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 100 peratus itu bagi meringankan beban mangsa banjir.
Katanya, perkara itu adalah lanjutan daripada segala bantuan yang diberikan kerajaan sebelum ini.
“Saya juga minta TNB untuk bantu kediaman B40 terjejas akibat banjir, agar bekalan elektrik disambung semula.
“Sejak Jumaat lalu, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma, apabila rumah ditenggelami air berlaku kerosakan kepada pemilik rumah domestik.
“Saya ucapkan terima kasih kepada TNB kerana kerana kerja-kerja sukarelawan telah dilakukan di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perodua bersetuju mengenakan upah buruh secara percuma di samping diskaun 50 peratus untuk kos alat ganti.
Justeru, beliau mahu syarikat-syarikat lain untuk mengikuti usaha dilakukan Perodua itu bagi meringankan pemilik kenderaan yang ditenggelami air banjir.
“Saya difahamkan Menteri Kewangan sedang berunding dengan syarikat kereta lain seperti Proton dan sebagainya.
“Saya berharap syarikat lain dapat ikuti Perodua atau memberikan inisiatif yang lebih baik daripada Perodua,” katanya.
Selain itu, Ismail Sabri menambah, bantuan wang ihsan untuk mangsa banjir bukan sahaja melibatkan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malah merangkumi yang tinggal di rumah keluarga lain.
Beliau meminta mereka yang tidak berpindah ke PPS agar menghubungu Pejabat Daerah atau Ketua Kampung agar mereka juga menerima bantuan.
“Kerajaan sediakan peruntukkan RM100 juta untuk bantuan dan pembaikan rumah, t pastinya tidak cukup, tetapi kita akan tambah,” katanya. Rebat Bil TNB 100%
Artikel Lain: Cara Semak No Plat Terkini:Semak & Tempah No Plat Online
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan Rebat Bil TNB 100% bagi pihak TNB membantu anda, mohon majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :
1) Nama anda
2) Alamat lengkap termasuk poskod
3) Nombor telefon pertama
4) Nombor telefon kedua
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Rebat Bil TNB 100% ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com