Semakan BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Untuk KIR (RM250) & Bujang (RM500)

Semakan BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Untuk KIR (RM250) & Bujang (RM500)

Semakan BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Untuk KIR (RM250) & Bujang (RM500)

Semakan BKSS 6.0. Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah bantuan tunai BKSS bagi Kategori Bujang dan Isi Rumah serta enam langkah pemberian diskaun.

Berikut dikongsikan tentang BKSS 6.0 dan bantuan-bantuan yang telah diumumkan.

Bantuan Tunai BKSS 6.0 – Bujang & KIR

Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021

Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).

Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan Tarikh Bayaran BKSS 6.0

Kategori KIR – Pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021. Semakan BKSS 6.0

Kategori Bujang- Pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off) mulai 20 Ogos 2021 (Pada awalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2021)

Ringkasan jadual pembayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran (Status Bujang/RM500 One-Off) – 20 Ogos 2021
  • Pembayaran (Ketua Isi Rumah/RM1500)
  • RM250 – 20 Julai 2021
  • RM250 – 20 Ogos 2021
  • RM250 – 20 September 2021
  • RM250 – 20 Oktober 2021
  • RM250 – 20 November 2021
  • RM250 – 20 Disember 2021

Semakan Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Bagi Penerima Tunai

Bagi penerima tunai di BSN, bayaran akan dibuat setiap 3 bulan sekaligus.

Tarikh penerimaan / tuntutan adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: RM750 mulai 20 Julai 2021
  • Fasa 2: RM750 mulai 20 Oktober 2021

Semakan BKSS 6.0

Semakan Status Bayaran BKSS 6.0

Anda boleh membuat semakan sama ada anda penerima BKSS atau bukan dengan melayari Portal BKSS 6.0 yang telah dikemaskini di pautan berikut: https://bkss.sarawak.gov.my/

Untuk membuat semakan, sila isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan:

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan Melalui https://talikhidmat.sarawak.gov.my

Jika terdapat sebarang persoalan, hubungi

Tel: 082-555 999 / 082-441957 / 555999

E-mail : [email protected]

www.talikhidmat.sarawak.gov.my

Lain-lain Bantuan Untuk Rakyat Sarawak 2021 Yang Telah Diumumkan (2021)

1. BKSS 6.0 Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:

Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.

  • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200 Semakan BKSS 6.0
  • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200 Semakan BKSS 6.0
  • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200

2. BKSS 6.0 Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media

Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

3. Geran Khas BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil.

Geran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay. Semakan BKSS 6.0

Sila rujuk: Semakan BKSS Peniaga / Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang

4. BKSS 6.0 Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang

Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak. Semakan BKSS 6.0

5. BKSS 6.0 Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas

Bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.

6. BKSS 6.0 Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Memandu

Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay. Semakan BKSS 6.0

7. BKSS 6.0 Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay

Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.

8. BKSS 6.0 Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.

9. BKSS 6.0 Diskaun Bil Air BKSS 6.0

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

10. BKSS 6.0 Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

11. BKSS 6.0 Pengecualian Sewa Untuk PKS

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021. Semakan BKSS 6.0

12. BKSS 6.0 Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

13. BKSS 6.0 Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021. Semakan BKSS 6.0

15. BKSS 6.0 Diskaun 25% Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

Sidang Media Bantuan Khas Sarawakku Sayang Diteruskan BKSS 8.0

Kuching: Sarawak meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Semakan BKSS 6.0

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, bantuan khas itu yang memasuki siri kelapan akan disalurkan, tahun depan.

Beliau berkata, BKSS 8.0 itu berjumlah RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama tahun depan serta bantuan kewangan sekali beri. Semakan BKSS 6.0

“BKSS 8.0 itu termasuk juga diskaun bil elektrik bernilai RM166.8 juta yang akan memberi manfaat kepada 647,000 penerima serta diskaun bil air yang bernilai RM24.0 juta memberi manfaat kepada 646,131 penerima.

“Bantuan itu turut merangkumi 50 peratus diskaun sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) bernilai RM2.6 juta yang memberi manfaat kepada 3,200 penyewa dan pengecualian sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sektor runcit yang beroperasi di premis milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai RM2 juta,” katanya. Semakan BKSS 6.0

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Semakan BKSS 6.0

Menurutnya, inisiatif lain yang turut diteruskan dalam BKSS 8.0 ialah diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan berjumlah RM1.7 juta yang memberi manfaat kepada 10,165 penyewa.

Turut diteruskan geran khas sekali beri sebanyak RM1,000 kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil melalui Sarawak Pay berjumlah RM87.5 juta.

“Sebelum ini kerajaan negeri mengambil langkah sokongan kewangan langsung dan tidak langsung menerusi BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021 bernilai RM5.3 bilion membabitkan lebih 30 inisiatif yang sudah dilaksanakan. Semakan BKSS 6.0

“Keutamaan kerajaan negeri ialah untuk melindungi kesihatan rakyat dan menghidupkan kembali ekonomi ketika kesan buruk melanda akibat Covid-19,” katanya.

Lain-lain Bantuan BKSS 6.0

Sepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:

  1. Diskaun 30% Cukai Tanah;
  2. Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
  3. Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
  4. Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan; Semakan BKSS 6.0
  5. Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
  6. Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
  7. Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF); Semakan BKSS 6.0
  8. (Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
  9. Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
  10. Program Go Digital Sarawak; dan
  11. Latihan Pemasaran Digital. Semakan BKSS 6.0

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0 Layari: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment