BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022.

Berikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 kelak.

Cara Mohon dan status permohonan BKSS 8.0 Semakan Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang secara online termasuk kepada golongan bujang dan b40 m40 penjaja peniaga gerai di Sarawak tahun 2021 / 2022

Terbaru & Terkini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan bahawa terdapat Skim dan Semakan Pakej Bantuan Khas Sarawak ku Sayang (BKSS 8.0) kepada bujang dan b40 serta M40 termasuk peniaga & penjaja kecil di negeri sarawak untuk anda survive pasca pkp 3.0, pkpd dan pkpb.

Dengan harapan bantuan ini dapat membantu rakyat negeri Sarawak tidak kira tinggal di Kapit, Miri, Bintulu, Sibu, Limbang, Mukah, Sri Aman, Kuching, Sarikei, Betong, Samarahan, Serian dalam terus berdepan dengan wabak covid 19 dan tindakan apa sahaja tindakan kerajaan pasca pkp 3.0 dan pkpb serta pkpd di Sarawak. Boleh cuba skim rumah mampu milik sarawak

Kerajaan negeri sedar ramai rakyat negeri sarawak yang dalam kesusahan hari ini. Oleh itu bantuan segera perlu dislaurkan kepada mereka mereka yang berkelayakan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Baca Juga: Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak:Cara Permohonan BPKNS 2021

Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0

1. Bantuan Kewangan 6 Bulan BKSS 8.0

Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.

2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air BKSS 8.0

BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.

Bagi diskaun bil air, beliau berkata, sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah Pasar & Gerai BKSS 8.0

Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Selain itu, kata Ketua Menteri, kerajaan juga memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.

4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu Teksi Bas & Van Berlesen BKSS 8.0

Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.

5. Geran Peniaga / Penjaja RM1000 BKSS 8.0

Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.

Dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BKSS 7.0 yang sedang ditawarkan baru-baru ini, sila rujuk : BKSS 7.0: Permohonan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga

Baca Juga; Daftar SarawakPay:Cara Daftar Pengguna Individu & Syarikat

Lain-lain Bantuan Kerajaan Sarawak

Selain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:

Housing Deposit Assistance Scheme . Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.

Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.

Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.

Semak Di sini: Bantuan BKSS 6.0: Senarai 15 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat Sarawak

Sidang Media Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 8.0

Kuching: Sarawak meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Semakan BKSS 6.0

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, bantuan khas itu yang memasuki siri kelapan akan disalurkan, tahun depan.

Beliau berkata, BKSS 8.0 itu berjumlah RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama tahun depan serta bantuan kewangan sekali beri. Semakan BKSS 6.0

“BKSS 8.0 itu termasuk juga diskaun bil elektrik bernilai RM166.8 juta yang akan memberi manfaat kepada 647,000 penerima serta diskaun bil air yang bernilai RM24.0 juta memberi manfaat kepada 646,131 penerima.

“Bantuan itu turut merangkumi 50 peratus diskaun sewa Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) bernilai RM2.6 juta yang memberi manfaat kepada 3,200 penyewa dan pengecualian sewa kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sektor runcit yang beroperasi di premis milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai RM2 juta,” katanya. Semakan BKSS 6.0

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Semakan BKSS 6.0

Menurutnya, inisiatif lain yang turut diteruskan dalam BKSS 8.0 ialah diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan berjumlah RM1.7 juta yang memberi manfaat kepada 10,165 penyewa.

Turut diteruskan geran khas sekali beri sebanyak RM1,000 kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil melalui Sarawak Pay berjumlah RM87.5 juta.

“Sebelum ini kerajaan negeri mengambil langkah sokongan kewangan langsung dan tidak langsung menerusi BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021 bernilai RM5.3 bilion membabitkan lebih 30 inisiatif yang sudah dilaksanakan. Semakan BKSS 6.0

“Keutamaan kerajaan negeri ialah untuk melindungi kesihatan rakyat dan menghidupkan kembali ekonomi ketika kesan buruk melanda akibat Covid-19,” katanya. BKSS 8.0

Baca juga: Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan BKSS 8.0, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 8.0 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment