Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Tahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Dalam Bajet 2022, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP ini untuk makluman bersama.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya & Cara Permohonan
Apakah Skim (SJKP)?
Bagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk belia, Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.
Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Untuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Ketahui Juga: Cara Tebus Baucer Buku Semarak Membaca 2022
Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Rujuk syarat kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) selanjutnya di bawah.
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Artikel Lain: Cara Daftar Lesen CIDB, Renew online, Semakan Kursus & CCD Point
Tempoh Pembayaran Pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.
Baca Di Sini: Cara Kira Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam
Terma & Syarat Pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- Jumlah Pembiayaan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
- Jenis Pembiayaan Skim Jaminan KreditPerumahan (SJKP) : Pembiayaan Berjangka sahaja
- Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
- Kadar Faedah Skim JaminanKredit Perumahan (SJKP) : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
- MRTA / MRTT : Wajib
- Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan
Baca Juga: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM
Cara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Baca Juga: Pendaftaran Kursus Kahwin Online:Cara Daftar Kursus Kahwin Online Seluruh Negara
Institusi Yang Menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai skim jaminan ini.
Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:
- Affin Bank
- Affin Islamic Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
Ketahui Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya
Kenyataan Media Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kewangan (MOF) melancarkan inisiatif i-Biaya pada Khamis, dalam usaha kerajaan untuk memudahkan pembiayaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.
“KPKT melaksanakan inisiatif ini berpaksikan ketersediaan rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik, kemampuan pembeli di mana KPKT menerima nasihat daripada pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) serta (meneliti) kemudahan pembiayaan untuk B40 dan M40,” katanya pada majlis pelancaran i-Biaya di sini.
Tiga inisiatif yang ditawarkan di bawah i-Biaya ialah penambahbaikan kepada skim sedia ada iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bhd dengan peruntukan RM3 bilion; Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Bhd (Cagamas) dan Skim PR1MA ‘Rent-to-Own’ oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).
Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MOF komited untuk terus menyokong dengan membuka akses kepada pembiayaan terutama bagi golongan B40 dan M40 yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dalam usaha mereka memiliki rumah sendiri.
“Bagi SRP, ia dijangka memberi manfaat kepada 25,000 pemohon dalam kalangan B40 dan M40, dengan anggaran nilai pembiayaan sebanyak RM5.9 bilion.
“Antara faktor penyumbang kepada sasaran ini ialah komitmen kerajaan melalui insiatif Jamin Kerja yang menyasarkan 600,000 peluang pekerjaan, dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion,” katanya.
Beliau berkata menerusi fokus kepada peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran dalam kalangan B40 dan M40 termasuk golongan belia, peningkatan pendapatan yang diperolehi akan membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai skim pemilikan kediaman melalui i-Biaya.
Skim pembiayaan SRP akan membuka peluang pembiayaan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke bawah untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000.
Selain itu, peluasan jaminanSkim Jaminan Kredit Perumahan juga akan membolehkan mereka yang tidak mempunyai penyata gaji atau dokumen sewajarnya terutama mereka yang terlibat dalam ekonomi gig, memohon pembiayaan perumahan.
Selain itu, skim PR1MA RTO pula akan membolehkan mereka yang berminat untuk menyewa dan kemudiannya membeli mengikut harga yang telah ditetapkan pada tahun keenam, melalui pembiayaan oleh Maybank.
Ketahui Juga: Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa 2022 Bermula 15 April
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my
Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com