Skim Rumah Pertamaku (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Skim Rumah Pertamaku (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Pernahkah anda dengar tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama untuk memiliki sebuah rumah. Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank-bank yang mengambil bahagian berdasarkan kriteria Skim dan piawaian penaja jaminan kredit bank masing-masing.

Untuk anda yang masih belum memiliki rumah, inilah peluang untuk anda memanfaatkan insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah!

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia

Skim ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Menarik kan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tenang Skim Rumah Pertamaku ini, khususnya bagi yang belum pernah memiliki rumah.

Baca Juga: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.

Permohonan pinjaman/pembiayaan Skim Rumah Pertamaku akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia

Skim Rumah Pertamaku ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Secara ringkasnya, apa yang anda perlu faham adalah:

  • Memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan
  • Mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat
  • Pinjaman/pembiayaan dijaminkan oleh Cagamas SRP Berhad

Baca Juga: Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya & Cara Permohonan

Syarat Permohonan Skim Rumah Pertamaku

Apa pula syarat-syarat untuk memohon Skim Rumah Pertamaku ini?

Menurut laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku SRP, syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
  • Nilai harta tanah sehingga RM500,000
  • Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  • Pembiayaan sehingga 110% *
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000

Ketahui Juga: Cara Tebus Baucer Buku Semarak Membaca 2022

Cara Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Cara permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah seperti berikut:

  • Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.
  • Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.
  • Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.
  • Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.

Artikel Lain: Cara Daftar Lesen CIDB, Renew online, Semakan Kursus & CCD Point

Keperluan Pembiayaan (SRP)

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
  • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://power.akpk.org.my
  • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Bank Terlibat (SRP)

Berikut adalah senarai bank yang menawarkan permohonan Skim Rumah Pertamaku.

Sila hubungi bank pilihan anda dalam senarai di bawah:

Affin BankAffin Bank03-8230 2222
Affin Islamic BankAffin Islamic Bank03-8230 2223
Alliance BankAlliance Bank03-5516 9988
Alliance Islamic BankAlliance Islamic Bank03-5516 9989
AmBankAmBank03-2178 8888
AmBank IslamicAmBank Islamic03-2178 8888
Bank IslamicBank Islam03-2690 0900
Bank MuamalatBank Muamalat03-2600 5500
Bank of ChinaBank of China03-2059 5566
CIMB BankCIMB Bank03-6204 7788
CIMB Islamic BankCIMB Islamic Bank03-6204 7789
Hong Leong BankHong Leong Bank03-7626 8899
Hong Leong Islamic BankHong Leong Islamic Bank03-7626 8900
MayBankMaybank1 300 88 6688
MayBank IslamicMaybank Islamic1 300 88 6688
MBSB BankMBSB Bank03-2096 3000
OCBC Al-Amln BankOCBC Al-Amln Bank03-8314 9310
OCBC BankOCBC Bank03-8317 5000
Public BankPublic Bank1 800 22 9999
Public Islamic BankPublic Islamic Bank1 800 22 9999
RHB BankRHB Bank03-9206 8118
RHB Islamic BankRHB Islamic Bank03-9206 8118
Standard Chartered BankStandard Chartered Bank1 300 888 888
Standard Chartered Saadiq BankStandard Chartered Saadiq Bank1 300 888 888
United Overseas BankUnited Overseas Bank03-2612 8121

Ketahui Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya

Kenyataan Media Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kewangan (MOF) melancarkan inisiatif i-Biaya pada Khamis, dalam usaha kerajaan untuk memudahkan pembiayaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.

“KPKT melaksanakan inisiatif ini berpaksikan ketersediaan rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik, kemampuan pembeli di mana KPKT menerima nasihat daripada pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) serta (meneliti) kemudahan pembiayaan untuk B40 dan M40,” katanya pada majlis pelancaran i-Biaya di sini.

Tiga inisiatif yang ditawarkan di bawah i-Biaya ialah penambahbaikan kepada skim sedia ada iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bhd dengan peruntukan RM3 bilion; Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Bhd (Cagamas) dan Skim PR1MA ‘Rent-to-Own’ oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).

Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MOF komited untuk terus menyokong dengan membuka akses kepada pembiayaan terutama bagi golongan B40 dan M40 yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dalam usaha mereka memiliki rumah sendiri.

“Bagi SRP, ia dijangka memberi manfaat kepada 25,000 pemohon dalam kalangan B40 dan M40, dengan anggaran nilai pembiayaan sebanyak RM5.9 bilion.

“Antara faktor penyumbang kepada sasaran ini ialah komitmen kerajaan melalui insiatif Jamin Kerja yang menyasarkan 600,000 peluang pekerjaan, dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion,” katanya.

Beliau berkata menerusi fokus kepada peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran dalam kalangan B40 dan M40 termasuk golongan belia, peningkatan pendapatan yang diperolehi akan membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai skim pemilikan kediaman melalui i-Biaya.

Skim pembiayaan SRP akan membuka peluang pembiayaan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke bawah untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000.

Selain itu, peluasan jaminanSkim Jaminan Kredit Perumahan juga akan membolehkan mereka yang tidak mempunyai penyata gaji atau dokumen sewajarnya terutama mereka yang terlibat dalam ekonomi gig, memohon pembiayaan perumahan.

Selain itu, skim PR1MA RTO pula akan membolehkan mereka yang berminat untuk menyewa dan kemudiannya membeli mengikut harga yang telah ditetapkan pada tahun keenam, melalui pembiayaan oleh Maybank.

Ketahui Juga: Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa 2022 Bermula 15 April

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku ini, sila rujuk Soalan Lazim di SINI.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

Laman web rasmi SRP : https://www.srp.com.my/bm

Telefon : +603-2262 1800

E-mel: srpenquiry@cagamas.com.my

Alamat: Level 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Muat turun brosur PDF: Brosur Skim_Rumah_Pertamaku_2022

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai Skim Rumah Pertamaku ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment