Tarikh Bayaran BMT 2023 :Bantuan Musim Tengkujuh

Tarikh Bayaran BMT 2023: Bantuan Musim Tengkujuh

Tarikh Bayaran BMT 2023. Adalah dimaklumkan bahawa pada 24 Februari 2023, pihak kerajaan melalui pembentangan Bajet 2023 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2023 (BMT 2023) sebanyak RM800 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM256 juta melibatkan 232,427 orang pekebun kecil RISDA dan 86,323 orang pekebun kecil LIGS yang terjejas pendapatannya ketika musim tengkujuh.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Tarikh Bayaran BMT 2023 untuk makluman dan panduan anda semua.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baucer barangan rahmah shopee ambil sini: BAUCER RAHMAH SHOPEE

Syarat Kelayakan BMT 2023

Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut:

A. Pekebun Kecil Getah

i) Warganegara Malaysia sahaja.

ii) Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.

iii) Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

iv) Pemilik tanah yang sah.

v) Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).

vi) Seorang pekebun kecil hanya Lyak menerima bantuan sekali sahaja.

B. Penoreh Getah

i) Warganegara Malaysia.

ii) Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.

iii) Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.

iv) Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

v) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.

vi) Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.

vii) Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Kadar Bayaran BMT 2023

Kadar bayaran BMT 2023 telah dinaikkan dari RM 600 tahun sebelum ini. BAyaran bantuan sebanyak RM800 seorang kepada setiap penerima yang layak.

Pemberian bantuan dilaksanakan 4 kali (RM200 x 4 bulan) iaitu pada bulan November dan Disember 2023, Januari dan Februari 2024.

Soalan Lazim Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2023

1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?

Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.

Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia.

ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.

iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.

iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.

v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.

vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

2. Berapakah kadar bantuan BMT 2023 yang dilaksanakan oleh RISDA?

Kadar bantuan adalah RM800 dan bayaran secara 4 peringkat (RM200 x 4 bulan) pada bulan

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha dalam skop bantuan ini?

Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?

Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

Artikel Lain: Permohonan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0:Tunai RM150 & Baucer Tiket RM50

Tarikh Bayaran BMT 2023

Bayaran bantuan adalah sebanyak RM800 seorang dan tarikh bayaran BMT 2023 akan dilaksanakan sebanyak 4 kali (RM200 x 4 bulan) iaitu pada bulan November dan Disember 2023, Januari dan Februari 2024. Tarikh Bayaran BMT 2023

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Tarikh Bayaran BMT 2023 anda boleh layari: www.pekebunkecilmakmur.com.my atau hubungi:

  • 03-42512125
  • 03-42512135
  • 03-42512023.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Tarikh Bayaran BMT 2023 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com Tarikh Bayaran BMT 2023

Leave a Comment