Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sepertimana berikut.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk panduan anda.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Syarat Kelayakan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Kerani

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Diploma dalam bidang berkaitan/ SPM/ kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

4. Pengalaman melebihi 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang logistik/pengeluaran/pentadbiran.

5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

6. Bersedia untuk bekerja di Gurun, Kedah.

7. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik

Bidang Tugasan

i) Bidang tugas Kerani di antaranya adalah:

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
  • Menyediakan dan membuat laporan stok bulanan dan penyimpanan stok serta mengemaskini laporan pengeluaran harian dan bulanan.
  • Mengambil inventori dan memantau GRN, DO, dokumen Invois.
  • Membuat timbangan ke atas barang yang diterima atau dihantar sebelum di punggah atau di muatnaik
  • Memastikan dokumen difail dengan tepat dan rekod sentiasa dikemas kini.

Syarat Permohonan Eksekutif Operasi

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Petaling Jaya

Bidang Tugas

i)Bidang tugas Eksekutif di antaranya adalah:

  • Bertanggungjawab untuk pesanan pembekalan, nota hantaran, jadual penghantaran, import & eksport bagi bahan mentah dan baja.
  • Menguruskan stok, kerja-kerja gudang, penghantaran dan pergerakan stok.
  • Menyediakan dan mengemaskini SOP mengenai perindustrian dan garis panduan yang berkaitan Import dan Eksport baja.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh majikan.

ii) Syarat-syarat kelayakan untuk memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Pengalaman melebihi 2 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang perniagaan baja.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Calon yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan, hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia di alamat https://www.jobstreet.com.my secara ‘online’ atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.

Permohonan jawatan secara online disini

Latar Belakang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara. Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Maklumat Lajunt & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan jawatan kosong di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) anda boleh hubungi mereka seperti berikut:

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,

Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399

Email : info[a]nafas.com.my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang jawatan kosong di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment