Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2

Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2

Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2. Perhatian kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi fasa dua.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.

Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

Mahasiswa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan laptop atau tablet secara percuma untuk kegunaan pembelajaran.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa untuk panduan semua.

Baca Juga:

Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa

Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia:Semak Status Bantuan Tablet Pelajar B40

Laptop Tablet Percuma CERDIK:Semakan Kelayakan Inisiatif Cerdik Murid B40

Peranti Siswa Fasa 2 : Cara Permohonan & Semakan Tarikh Terima Peranti

Cara Mohon PerantiSiswa Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT (Tarikh Terima)

PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2

Pakej ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Tawaran ini membantu Pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet bagi tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2 Keluarga Malaysia

Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September 2022

Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini

Syarikat Telekomunikasi Terlibat Program PerantiSiswa

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Syarat Kelayakan Permohonan PerantiSiswa

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan:

  • Mereka yang layak untuk mendapat bantuan tablet ini adalah dari kalangan Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.
  • Inisiatif ini akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  • Pelajar yang tidak miskin tetapi terjejas akibat bencana.

Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 1

Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 15 April 2022 mulai jam 8 pagi.

Kadar Harga PerantiSiswa Keluarga Malaysia

  • Harga bagi peranti ini adalah RM800 setiap tablet.

Syarat Kelayakan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  • Mahasiswa warganegara Malaysia
  • Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  • Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  • Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

Jenis Peranti Dibekalkan Program PerantiSiswa

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Cara Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa Dua

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.

Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf

NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Maklumat Lanjut Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2

Untuk maklumat lanjut mengenai Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php

atau  melayari website rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkmm.gov.my/

Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)

03-8688 8000

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian mengenai Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa Fasa 2 program PerantiSiswa ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Tarikh Mohon & Terima PerantiSiswa

Leave a Comment