Tarikh Permohonan Baru STR 2024: Tarikh Permohonan STR Di Buka
Tarikh Permohonan Baru STR 2024. Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.
Ia belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Pembentangan belanjawan menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan.
Selain itu, belanjawan mengandungi perancangan dan komitmen kerajaan bagi hala tuju negara pada tahun depan, sudah tentunya mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kesejahteraan rakyat keseluruhan.
Belanjawan 2024 itu juga menyaksikan penyepaduan dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan, 16 Oktober, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.
Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Tarikh Permohonan Baru STR tahun 2024 untuk maklumat semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Tarikh Permohonan Baru STR 2024
Tarikh membuat permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah STR untuk tahun 2024 adalah seperti kenyataan Perdana Menteri ketika membahas Belanjawan 2024 seperti berikut:
Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Syarat Permohonan Baru STR 2024
Isi Rumah
Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
• Ibu Bapa Tunggal/ Balu/Janda / Duda yang mempunyai anak
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan Bujang; atau
• Ibu Bapa Tunggal/Balu/ Janda / Duda yang tiada anak; serta
Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang
• Bujang: atau
– Ibu Bapa Tunggal Balu Janda Duda yang tiada anak; serta
Had umur 21 tahun hingga 59 tahun, atau
Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
– Bukan pelajar IPTA IPTS sepenuh masa
Panduan Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
3. Maklumat Permohonan
A. Maklumat Pemohon
Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang SEMAK.
• Maklumat Nama, Jantina dan Umur akan dipaparkan secara automatic berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
• Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
• Sekiranya permohonan pemohon telah wujud pada pangkalan data STR 2024, paparan berikut akan dipaparkan:
(b) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
(f) Isikan pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
• Kahwin
• Cerai
• Kematian Pasangan
• Bujang
(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan,
• Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
• Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
• Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
(h) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
• Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatic berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
(i) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(j) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank
(k) Masukkan Nombor Akaun Bank
(l) Isikan Alamat e-mel
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Tarikh Permohonan Baru STR 2024 atau perkara lain berkaitan Tarikh Permohonan Baru STR 2024 anda boleh hubungi:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) STR Fasa 3 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Tarikh Permohonan Baru STR 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.co