Alza Baru 2022 : Harga Terkini Spesifikasi Varian & Warna
Perodua Alza Baru 2022 Serba Baharu, dengan fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan
Perodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza Serba Baharu pada 23 Jun 2022 dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.
Ia juga telah ‘mendarat’ dan dilancarkan di Malaysia pada hari ini, 20 Julai 2022.
Difahamkan setakat hari ini Perodua telah menerima lebih 30,000 tempahan model terbaru ini!
Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza 2022 Serba Baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.
Berikut dikongsikan info lanjut dan butiran tentang Perodua Alza Baru 2022 ini.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Cara Tukar Nama Kenderaan Online (MySikap JPJ)
Ciri Rekabentuk Terbaru Perodua Alza 2022
“Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza Serba Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza Serba Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,” katanya berkata.
RUANG LEBIH BESAR
PENYAMAN UDARA BAHAGIAN BELAKANG ALZA BARU 2022
Dato’ Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu mempunyai ruang yang lebih besar berbanding pendahulunya, terutama sekali di barisan ketiga ruangan kenderaan serta unit penyaman udara bahagian belakang.
KECEKAPAN BAHAN API DIPERTINGKAT ALZA BARU 2022
“Selain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),” kata beliau.
KAPASITI BAGASI ALZA BARU 2022
Untuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Serba Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.
4 KATEGORI PSDA ALZA BARU 2022
Perodua Alza Serba Baharu turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.
“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,” kata Dato’ Zainal.
Ciri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360⁰, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.
Baca Juga: Peraturan Cermin Gelap JPJ TERKINI
Harga & Varian Perodua Alza Baru 2022
Harga 3 Varian Perodua Alza Baru 2022:
- PERODUA ALZA 1.5 X AT – RM 62,000
- PERODUA ALZA 1.5 H AT – RM 68,000
- PERODUA ALZA 1.5 AV AT – RM 75,000
*Harga di atas adalah tanpa SST
**Pengecualian cukai SST ditawarkan kepada pembeli sebelum 30 Jun 2022 dan pendaftaran kenderaan hendaklah sebelum 31 Mac 2023.
Warna Perodua Alza Baru 2022
- NEW ALZA 1.5X CVT
- NEW ALZA 1.5 H CVT
- NEW ALZA 1.5AV CVT
Perodua Alza Serba Baharu didatangkan dalam 5 warna:
- Ivory White,
- Glittering Silver,
- Garnet Red,
- Elegant Black (BAHARU) dan
- Vintage Brown (BAHARU).
Ciri Keselamatan Alza Baru 2022
Antara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk 6 bag udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.
Selain itu, Perodua Alza Serba Baharu menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.
Semua varian juga mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention. Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.
Kenyataan Laman Rasmi Perodua
Perodua Alza Serba Baharu, dengan fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan
Rawang, 23 Jun: Perodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza Serba Baharu yang menggantikan pendahulunya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.
Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza Serba Baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.
Tersedia dalam tiga varian, X, H dan AV; Perodua Alza Serba Baharu didatangkan dalam 5 warna: Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Elegant Black (BAHARU) dan Vintage Brown (BAHARU).
“Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza Serba Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza Serba Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,” katanya berkata.
Dato’ Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu mempunyai ruang yang lebih besar berbanding pendahulunya, terutama sekali di barisan ketiga ruangan kenderaan serta unit penyaman udara bahagian belakang.
“Selain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),” kata beliau.
Untuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Serba Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.
Perodua Alza Serba Baharu turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.
“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,” kata Dato’ Zainal.
Ciri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360⁰, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.
Antara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk 6 bag udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.
Selain itu, Perodua Alza Serba Baharu menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.
Semua varian juga mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention. Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.
Para pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana daripada 188 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut.
Maklumat Lanjut & Tempahan
Para pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana daripada 188 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut : https://www.perodua.com.my/our-models/new-alza.html
Tempahan online: https://bit.ly/PeroduaBookOnline
Sumber: Siaran Media Perodua Alza Baharu 2022
Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Produa Alza Baru 2022 ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022 Alza Baru 2022