Bantuan Pelajaran FELDA : SIAP FELDA 2022

Bantuan Pelajaran FELDA : SIAP FELDA 2022

Bantuan Pelajaran SIAP FELDA 2022 (Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka)

Berita gembira buat warga anak peneroka felda, anda kini boleh memohon skim insentif untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA. Insentif ini adalah kelebihan yang hanya diberikan kepada anak peneroka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan SIAP FELDA ini dengan lebih mudah dan berkesan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan cara permohonan Bantuan Pelajaran FELDA (SIAP FELDA) untuk panduan semua.

Baca Juga:Cara Mohon PerantiSiswa Laptop Tablet Percuma Pelajar IPT (Tarikh Terima)

Apa Itu Bantuan Pelajaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP FELDA)

Bantuan Pelajaran FELDA (SIAP FELDA) Mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.

Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Artikel Lain: Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah

Kadar Insentif Bantuan Pelajaran SIAP FELDA

Berikut adalah insentif yang diberikan secara one-off kepada calon yang layak:

BIL.PERINGKAT PENGAJIANKADAR
1DiplomaRM 500.00
2Ijazah Dalam NegaraRM 1,000.00
3Ijazah Luar NegaraRM 1,500.00

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara

Baca Juga: Bantuan Pendidikan Yayasan Johor 2022

Syarat Permohonan Bantuan Pelajaran SIAP FELDA

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  2. Had umur permohonan:

– Peringkat Diploma: 18 hingga 23 tahun.

– Peringkat Ijazah: 18 hingga 25 tahun.

Permohonan Tidak Layak Bantuan Pelajaran SIAP FELDA

Permohonan yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Cara Permohonan Bantuan Pelajaran Skim Insentif Anak Peneroka FELDA

Tatacara permohonan yang perlu diikuti untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah seperti:

  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

Info Lanjut Bantuan Pelajaran SIAP FELDA

Untuk info lanjut mengenai SIAP, sila layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan.

Latar Belakang FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas – Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1996 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan operasi kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV). Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama FELDA Holdings. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).

Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf  sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka. Seterusnya di rancangan,  FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan (dibawah Gedung Makanan Negara) di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Visi FELDA adalah untuk menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif sambil menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk kepentingan peneroka.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan SIAP FELDA 2022 atau pertanyaan lain berkaitan SIAP FELDA 2022 anda boleh layari https://www.felda.gov.my/ atau hubungi FELDA seperti berikut:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,

Menara FELDA, Platinum Park,

No. 11, Persiaran KLCC,

50088 Kuala Lumpur, Malaysia.

No. Tel: 03 2191 2191

No. Faks: 03 2191 2590

Emel : jkk@felda.net.my

Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Bantuan Pelajaran FELDA (SIAP FELDA) ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Bantuan Pelajaran FELDA Bantuan Pelajaran FELDA Bantuan Pelajaran FELDA Bantuan Pelajaran FELDA

Leave a Comment