Bantuan Belia 2022 (Daftar penjanakerjaya.perkeso.gov.my)
Kepada para belia yang masuih belum dapatkan pekerjaan, anda boleh membuat permohonan bantuan belia melalui Penjaya Kerjaya PERKESO. Disiniu kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan bantuan belia melalui penjana kerjaya program jana kerja perkeso ini.
Baca Juga: Cara Buat Resume Terbaik:Panduan Penulisan Resume Format Terkini
Apa Itu Bantuan Belia
Bantuan Belia ialah sebuah program yang dilaksanakan kerajaan untuk para belia yang menganggur atau masih belum mendapat kerja. Pelaksanaan ini amat tepat bagi meningkatkan mutu kualiti setiap belia sebelum menempuh kerjaya yang lebih berat dan mencabar dan dalam masa yang sama meningkatkan kepercayaan majikan terhadap mereka. Bukan itu sahaja ia dapat memberikan peluang kepada kalangan penganggur / individu belum bekerja lagi untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
Artikel Lain: Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
Syarat Permohonan Bantuan Belia
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Menganggur dan masih lagi belum dapat kerja tetap
- Lepasan sekolah atau graduan yang berusia 18-30 tahun
Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan calon yang tidak layak untuk mendaftar bantuan ini:
- Pelajar yang menjalani Latihan Industri (internship)
- Pelajar yang masih belum tamat pengajian
- Bukan warganegara Malaysia
Baca Juga:
- SPA9: Cara Login & Semakan Permohonan Jawatan Kosong JPA
- SPA9:Cara Daftar Akaun Baru & Cara Log Masuk Akaun SPA9
Kadar Insentif
Program ini menawarkan gaji dan elaun pada setiap bulan sekurang-kurangnya RM1,200 selama tempoh tertentu. Dalam masa yang sama majikan juga mendapat RM1000.
Penerangan cara bayaran insentif bantuan belia ini:
- Bayaran RM1000 akan dibayar kepada majikan dan majikan akan bayar kepada pekerja, iaitu golongan belia lepasan sekolah dan graduan yang memasuki Program Perantisan
- Dengan insentif bantuan ini, anda boleh dapat gaji minimum RM1200 sebulan dari majikan.
- Bayaran bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan berturut-turut, dengan syarat anda bekerja minimum 3 bulan
BAca Juga: Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL
Cara Dapatkan Bantuan Belia
Di bawah Program Perantisan dalam Program PenjanaKerjaya 2.0, mana-mana majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 – 30 tahun boleh membuat permohonan bagi mendapatkan insentif sebanyak RM1,000.
Cara Permohonan Bantuan Belia
Kalau anda adalah seorang pekerja, panduan ini bukan untuk anda.Ini adalah untuk majikan sahaja. Anda hanya perlu daftar di myfuturejobs.gov.my dan mohon kerja-kerja yang ditawarkan di sana.
- Layari laman web rasmi PenjanaKerjaya di sini: https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my
- Anda akan nampak informasi ini
- Insentif sebanyak RM1,000 sebulan sehingga untuk tempoh 3 bulan dan program latihan adalah terpakai kepada majikan yang menggajikan pencari kerja tempatan sebagai perantisan.
- Klik butang REGISTER
- Di bahagian Create an Account, masukkan maklumat berikut
- Name
- IC/Passport No
- Phone No
- Email Address
- Password
- Repeat Password
- Tekan butang Submit
- Semak email untuk buat pengesahan pendaftaran
- Klik pautan dalam email tersebut
- Sila login menggunakan email dan password yang didaftarkan tadi
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan bantuan belia anda, selesai.
Artikel Lain: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Soalan Lazim Program JaminKerja
1.Apakah itu bantuan belia Program JaminKerja – Insentif Penggajian?
Program JaminKerja – Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.
Non-Malaysian citizen employees.
2. Apakah keistimewaan bantuan belia Program JaminKerja – Insentif Penggajian?
- Insentif sebanyak 20% daripada gaji kasar sehingga RM12,000 bagi setiap pekerja sekiranya Berjaya bekerja bagi 6 bulan yang pertama dan sebanyak 40% daripada gaji kasar sehingga RM24,000 sekiranya pekerja diambil bekerja sehingga 6 bulan yang seterusnya. Secara keseluruhan, insentif maksima sebanyak RM36,000 disediakan bagi setiap individu yang diambil di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian.
- Insentif dibayar kepada majikan setiap 2 bulan bagi penggajian yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan. Bayaran akan dilaksanakan bagi tempoh pekerja secara aktif dan akan ditamatkan sekiranya berhenti kerja.
- Elaun Mobiliti juga disediakan kepada pekerja yang diambil sebanyak RM500 yang dibayar secara terus secara ‘one off’ kepada pekerja yang akan dibayar pada bulan pertama insentif pengambilan diluluskan.
3.Majikan yang LAYAK memohon bantuan belia Program JaminKerja – Insentif Penggajian
- Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022.
- Majikan daripada Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya layak bagi kategori Perantisan.
4. Majikan yang TIDAK LAYAK memohon bantuan belia Program JaminKerja – Insentif Penggajian
- Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama.
- Walaubagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan langsung, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerja adalah layak untuk membuat permohonan insentif ini.
5 Apakah yang perlu dilaksanakan oleh majikan untuk mendapatkan bantuan belia insentif setiap 2 bulan?
Majikan perlu memastikan bayaran gaji seperti yang ditawarkan di dalam kontrak, bayaran caruman PERKESO & caruman KWSP dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
6. Bagaimanakah pembayaran bantuan belia insentif di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian dibayar kepada majikan?
- Pembayaran akan dimasukkan ke akaun syarikat (majikan) sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
- Pembayaran bantuan mobiliti dan Insentif Malaysianization akan dimasukkan ke akaun pekerja sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
- Bayaran bagi tuntutan permohonan akan dilakukan setiap 2 bulan sehingga tempoh 6 bulan bagi kategori perantisan dan 12 bulan bagi lain-lain kategori.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan belia program JaminKerja penjana kerjaya perkeso ini, sila layari website rasmi PERKESO di pautan https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai bantuan belia 2022 melalui program JaminKerja penjana kerjaya perkeso ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com