Cara Buat Resume Terbaik:Panduan Penulisan Resume Format Terkini

Cara Buat Resume Terbaik:Panduan Penulisan Resume Format Terkini

Cara buat resume terbaik ini dikongsikan keptennews sebabai panduan mereka yang ingin membuat resume untuk permohonan kerja. Cara buat resume terbaik ini adalah mengikut penelitian dan pembacaan kami di keptennews melalui beberapa artikel lain yang dikaji sebagai panduan kami.

Cara buat resume terbaik ini adalah sebagai rujukan anda dan anda tidak perlu ikut sepenuhnya apa yang kami di keptennews kongsikan. Anda boleh mengubah mengikut keperluan anda.

Berikut dikongsikan cara buat resume terbaik mengikut format terkini untuk panduan serta rujukan anda apabila membuat resume.

Punca Resume Ditolak

Sebelum kita teruskan ke panduan cara buat resume terbaik baca terlebih dahulu punca resume anda ditolak supaya anda tidak melakukan kesilapan yang sama. Berdasarkan maklumat yang keptennews terima, ada pelbagai sebab yang menyebabkan resume anda tidak menarik dan tidak dipertimbangkan sekaligus kena tolak antaranya kerana :

  1. Anda tidak senarai skill (kemahiran) yang anda miliki untuk ditawarkan di tempat kerja baru anda
  2. Resume cukup sekadar 2 muka surat. Jikalau berjela-jela sehingga ada 3 muka surat dan lebih pastinya resume anda tidak dilayan. Ini kerana anda kena faham, bukan resume anda sahaja di atas meja
  3. Alamat yang diberikan sangat kebudak-budakan dan tidak profesional ataupun menggunakan nama samaran
  4. Tidak boleh ada kesilapan tatabahasa mahupun ejaan

Panduan Contoh Penulisan Resume Terbaik

Untuk cara buat resume terbaik anda boleh ikuti beberapa tips yang keptennews kongsikan seperti di bawah ini:

  • Pastikan resume anda guna font yang profesional seperti Sans Serif fonts, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva
  • Gunakan font size antara 10 hingga 12 sahaja
  • Jangan terlalu rapat untuk setiap baris ayat.
  • Tumpukan lebih banyak untuk senarai pengalaman kerja anda sebelum ini, kemahiran yang anda miliki, pencapaian tertinggi anda setakat ini. Ini antara elemen yang diperhatikan terlebih dahulu oleh majikan anda
  • Senaraikan tahap pendidikan anda dari keputusan SPM sehingga pengajian tertinggi anda
  • Buat resume ringkas tetapi padat sehingga sekali majikan anda terpandang terus mendatangkan minat untuk membelek selama beberapa saat. Samada dipertimbangkan atau tidak terpulang kepada ‘kualiti’ kandungan resume anda sendiri
  • Cukup sekadar anda letakkan nama, jawatan serta nombor telefon yang perlu dihubungi untuk tujuan penegsahan segala maklumat berkaitan yang anda tulis pada resume tersebut.
  • Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
  • Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  • Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
  • Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume

Contoh Kesalahan Resume Permohonan Kerja Cara Buat Resume

Berikut dikongsikan beberapa kesalahan yang biasa berlaku ketika membuat resume:

Kesalahan 1: Menggunakan font yang tidak menarik, terlalu meleret-leret dan membiarkan ruang besar terlalu banyak yang sepatutnya dimuatkan dengan info lain supaya lebih padat tetapi masih lagi ringkas

Kesalahan 2 : Menulis beberapa perkara yang tidak perlu dimasukkan sebenarnya. Resume yang agak hambar di mata majikan

Kesalahan 3 : Masih lagi menulis maklumat yang tidak perlu dan terlalu panjang untuk disemak majikan.

Maklumat Perlu Ada Untuk Cara Buat Resume Terbaik

Berikut dikongsikan ciri-ciri resume yang terbaik

  1. Hanya satu (1) mukasurat
  2. Meletakkan gambar yang profesional
  3. Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email (masukkan maklumat)
  4. Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
  5. Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
  6. Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12

Contoh Cara Buat Resume Format Terkini

Berikut dikongsikan contoh resume terbaik dengan format terkini untuk panduan anda membuat resume:

Contoh Resume Terbaik
Contoh Resume Terbaik

Beza Resume Dan CV (Curiculum vitae)

Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:

ResumeCV(Curiculum vitae)
Satu muka suratDua atau tiga muka surat
Tiada format tetapTerdapat format yang perlu diikuti
Gambar digalakkanTidak perlu untuk sertakan gambar
Maklumat yang berkaitan jawatan sahajaMaklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan
Tidak perlu Cover LetterPerlu sertakan Cover Letter

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Cara Buat Resume Terbaik dan Panduan Penulisan Resume Format Terkini ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment