BSN MyHome:Permohonan Program Perumahan Rakyat / Borang

BSN MyHome:Permohonan Program Perumahan Rakyat / Borang

BSN MyHome. Jika kita ingin membeli rumah pertama, biasaannya bermacan-macam perkara bermain di fikiran bukan. Mampukah bayar bayaran ansuran bulanan, nak bayar itu lagi, ini lagi. Akhirnya perancangan beli rumah terhenti sekerat jalan dek kerana kekangan kewangan.

Sekali lagi kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional BSN memperkenalkan semula satu program dan skim pembiayaan dan pinjaman perumahan yang cukup ‘HOT’ dan mendapat permintaan ramai, iaitu BSN MyHOME (Program Perumahan Rakyat)

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan inisiatif BSN MyHome program perumahan rakyat untuk makluman anda.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Permohonan Skim MyHome 2022

1) Bank Simpanan Nasional mendahulukan kelulusan pinjaman perumahan di bawah skim perumahan belia bsn ini, kepada sesiapa daripada anda di sini yang hantar permohonan skim rumah pertamaku bsn kepada mereka. Jadi, siapa cepat, dia dapat. Jika terus berminat, boleh

2) Anda boleh pilih mana-mana projek perumahan di Malaysia untuk beli di bawah skim rumah pertamaku myhome ini baik di negeri anda di Selangor, Kuala Lumpur KL, Putrajaya, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Pulau Pinang Penang.

3) Pastikan harga rumah yang anda mahu beli itu tidak lebih RM500,000

Apa Itu BSN MyHome

BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) bertujuan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap. Kini, anda boleh memiliki kediaman sendiri.

Pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM300,000. Memang dalam julat harga rumah mampu milik saja.  Menariknya, tempoh pembiayaan boleh sampai 100% tau! Ni siap dengan MRTA/MRTT dan LTHOT. Dengan tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun

Di bawah skim ini juga melibatkan  Skim Perumahan Belia (SPB) BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Syarat Permohonan BSN MyHome

Berikut adalah syarat-syarat permohonan MyHOME BSN:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
  • Pemohon Individu / Bersama
  • Mempunyai bukti bekerja sendiri
  • Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
  • Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
  • Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja

Cara Permohonan BSN MyHome

Berikut adalah cara permohonan MyBSN HOME:

  • Muat turun (Download) borang permohonan di sini: https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/myhome.pdf?csrt=12632855638254300960
  • Isi semua maklumat yang terdapat pada borang tersebut.
  • Setelah siap isikan borang tersebut, kunjungi mana-mana cawangan Bank BSN yang terdekat dengan anda.
  • Serahkan borang tersebut kepada pegawai Bank. Dan ikuti arahan selanjutnya.

Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

Pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)

Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka

Tarikh Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

  • Tarikh Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN Dibuka : 1 Januari 2020
  • Tarikh Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN Ditutup : 31 Disember 2021

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

  • Warganegara Malaysia berusia dari 21 tahun hingga 45 tahun
  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000
  • Hanya Untuk Pemilikan Hartanah Pertama sahaja
  • Permohonan secara perseorangan atau secara bersama
  • Memiliki bukti pembelian / pemilikan hartanah
  • Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

Berikut adalah cara permohonan MyBSN HOME:

  • Muat turun (Download) borang permohonan di sini: https://www.mybsn.com.my/cms_index.html
  • Isi semua maklumat yang terdapat pada borang tersebut.
  • Setelah siap isikan borang tersebut, kunjungi mana-mana cawangan Bank BSN yang terdekat dengan anda.
  • Serahkan borang tersebut kepada pegawai Bank. Dan ikuti arahan selanjutnya.

Dokumen Diperlukan Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

Penjawat Awam Atau Pekerja Swasta

·         Borang permohonan Pinjaman SPB BSN

·         Surat Perjanjian Jual Beli/resit deposit/proforma pesanan pembelian

·         Salinan Kad Pengenalan

·         Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini

·         Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini

·         Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)

·         Salinan penyata KWSP

·         Surat pengesahan berkerja daripada majikan

·         Borang EA/EC

Bekerja Sendiri

·         Borang cukai pendapatan B/BE dan resit LHDN

·         Surat pendaftaran syarikat (SSM)

·         Salinan surat penyata bank 6 bulan terkini

·         Dokumen-dokumen lain (jika berkenan atau perlu)

Soalan Lazim

1.Bagaimana dengan pengalaman pinjaman perumahan bsn dengan skim ini? Adakah mudah LULUS?

Sangat BAIK! Insyaallah permohonan akan MUDAH LULUS untuk yang berkelayakan seperti anda

2.Buat pinjaman rumah dengan BSN ok tak?

Sangat OK. Dan dah ramai yang menggunakan pinjaman perumahan dengan BSN termasuk melalui skim ini yang sangat berbaloi-baloi ini

3.Apakah skim pinjaman perumahan pertama yang terbaik?

Nah, inilah skim yang terbaik dilancarkan oleh kerajaan Malaysia khusus untuk bantu anda beli rumah pertama dengan MUDAH & BERPATUTAN. Jikalau anda berminat boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN terdekat dengan anda untuk tujuan permohonan. Ingat, siapa cepat dia dapat!

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim BSN MyHome, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran atau:

Layari laman web di www.mybsn.com.my

Hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BSN MyHome Permohonan Program Perumahan Rakyat ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment